KUALA LUMPUR:“Saya kehilangan seorang kakak, seorang wanita yang hebat. Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.
“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya. Saya akan merindui Kak Zana.”
Itu luahan rasa Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kepada Astro AWANI berhubung berita pemergian madunya, Datin Bahazanariah Baharudin.
Dalam wawancara dengannya sebentar tadi, Nurulhidayah terlalu sebak dan sedih bercerita mengenai pemergian seorang wanita yang kental.
Pemergian Bahazanariah atau lebih mesra disapa Kak Nana oleh Nurulhidayah merentap seluruh kekuatan yang ada dalam diri anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu.
Nurulhidayah dalam tangisan yang sukar dikawal bercerita bagaimana Allahyarham Bahazanariah bersungguh-sungguh yang memintanya berkahwin dengan suami mereka, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
“Arwah yang beriya-iya minta saya menikahi suaminya kerana beliau mahu memberikan sepenuh perhatian pada kesihatannya sebaik disahkan mengidap kanser payu dara.
“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu gambarkan kehebatan arwah. Pengorbanannya akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Terima kasih Kak Nana atas segala-galanya. Saya akan bawa kebaikan dan kasih sayang kakak sehingga ke lahad,” ujar Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.
Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara.
Bahazanariah disahkan menghidap kanser tahap empat pada Ogos lalu.
Beliau menutup usia semasa dalam tidur dan disedari oleh suaminya, Saiful Nizam.
Menurut Nurulhidayah, beliau dan Saiful Nizam yang bergilir-gilir menjaga Bahazanariah semasa Allahyarham menerima rawatan di hospital.
“Arwah Kak Nana seorang yang sangat positif. Sekalipun dalam kesakitan, beliau sentiasa tabah menerima dugaan daripada Allah, tidak pernah sekalipun Allahyarham mengeluh, bahkan sentiasa mengingatkan diri agar bersabar.
“Inilah keperibadian yang akan saya rindui,” kata Nurulhidayah lagi.
Kisah Nurulhidayah berkongsi suami dengan Allahyarham Bahazanariah sentiasa menjadi rujukan dalam pelbagai perbincangan melibatkan isu poligami.
Ini kerana, hubungan kedua-dua wanita itu amat akrab sekali dan sering dilihat bersama-sama dalam pelbagai acara.
Bahkan, Nurulhidayah dan Bahazanariah juga tidak pernah kekok keluar bersama-sama suami mereka dalam satu masa.
Nurulhidayah juga sering memuat naik pelbagai foto mereka dalam akaun Instagram peribadinya.
Kehidupan bermadu mereka amat dikagumi ramai.
Kata Nurulhidayah dalam beberapa wawancara sebelum ini, beliau dan madunya itu sentiasa mengamalkan sikap diplomasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Bahkan, kedua-dua wanita itu juga bertuah kerana suami mereka, Saiful Nizam memainkan peranan yang bijaksana dalam memimpin rumah tangga mereka.
“Kak Nana adalah orang yang sentiasa memberi semangat untuk bergelar isteri kedua. Arwah Kak Nana sentiasa ada di sisi saya ketika saya memerlukan dia pada bila-bila masa.
“Sekali lagi ingin saya katakan, saya kehilangan seorang kakak dan wanita yang sangat hebat. Terima kasih Kak Nana atas pengorbanan kakak. Terima kasih kerana menerima saya dalam hidup kakak. Saya akan kenang kakak sehingga ke akhir hayat saya,” kata Nurulhidayah lagi.
Jenazah Allahyarham Bahazanariah kini berada di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara sekitar pukul 10 pagi.
Saharudin Musthafa
Wed Nov 04 2020
Nurulhidayah Ahmad Zahid (kanan) berkongsi berita pemergian madunya, Allahyarham Bahazanariah Baharudin di akaun Instagram peribadinya.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
"Terima kasih Allah izinkan saya merasakan nikmat manisnya madu" - Nurulhidayah
-I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu.- - Nurulhidayah
Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia akibat kanser
Allahyarham Bahazanariah meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat kanser payu dara.