awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
Seorang maut, dua cedera diserang di restoran di Jawi, Pulau Pinang
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/05/2021
00:42 MYT
MAFI ambil langkah stabilkan harga barangan asas pada musim perayaan
Pihak kementerian juga berusaha meningkatkan pengeluaran tempatan dan menambahkan kuota import bagi beberapa barangan terpilih. - Foto fail
PASIR MAS: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil beberapa langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Usaha lain ujar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi adalah menyediakan stok simpanan ikan sejuk beku.
"Kementerian telah ambil langkah-langkah bagi memastikan harga ikan dan sayuran juga berpatutan apabila tiba musim perayaan dengan melaksanakan sekatan eksport spesis ikan tertentu pada musim pra dan selepas perayaan.
"Ikan terpilih tidak dibenarkan dieksport bagi memastikan ianya dipasarkan dalam negara dan membantu turunkan harga ikan," katanya.
Selain itu pihak kementerian juga berusaha meningkatkan pengeluaran tempatan dan menambahkan kuota import bagi beberapa barangan terpilih.
Dalam pada itu kerajaan memberikan jaminan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan Aidilfitri dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara bermula Rabu sehingga 7 Jun ini.
Katanya isu bekalan juga tidak timbul di kawasan yang dikenakan PKP Diperketatkan dengan bekalan tidak putus di lokasi berkenaan.
Rakyat tidak perlu panik kerana pelbagai agensi membantu bagi memastikan bekalan makanan dan rantaian makanan tetap ada, tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#harga barang
#Aidilfitri
#hari raya
#barangan keperluan asas
#Che Abdullah Mat Nawi
#ikan
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan