awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHA 2024: NAFAS tampil kelainan dengan inovasi sektor baja, pertanian moden

Bernama
Bernama
10/09/2024
15:23 MYT
MAHA 2024: NAFAS tampil kelainan dengan inovasi sektor baja, pertanian moden
Muhammad Faris berkata NAFAS turut membuka kaunter perkhidmatan Dana Peladang Kebangsaan di segmen Peladang Outlet di Dewan A. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Bersempena penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan menampilkan kelainan dengan inovasi dalam sektor baja, pertanian moden serta produk makanan sejuk beku jenama Peladang.
Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Arriffin berkata penglibatan NAFAS pada penganjuran MAHA edisi ke-100 itu akan menyajikan pelbagai aktiviti antaranya pameran, jualan produk dan inovasi terbaik seperti produk makanan dan baja jenama Peladang, pelbagai input pertanian serta jentera pertanian.
"Penglibatan NAFAS pada MAHA 2024 membuktikan komitmen dalam memajukan sektor pertanian negara sejajar dengan objektif keterjaminan makanan yang berterusan.
"Pameran ini turut memberi peluang kepada NAFAS untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memperkenalkan penyelesaian pertanian yang lebih efektif dan lestari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Meraikan 100 tahun penganjuran dengan tema Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom, MAHA 2024 akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dekat sini bermula esok hingga 22 Sept ini.
MAHA 2024 dijangka menarik lebih tiga juta pengunjung sepanjang 12 hari berlangsung.
Sehubungan dengan itu, Muhammad Faris mengajak orang ramai untuk tidak melepaskan peluang singgah ke reruai NAFAS di segmen Agro Seed di Dewan A, MAHA Go Global (Hall C), Kingdom of Agrofood (Laman Tiba 1), Laman Padi, Laman Mekanisasi dan NAFAS Cube.
Beliau berkata NAFAS turut membuka kaunter perkhidmatan Dana Peladang Kebangsaan di segmen Peladang Outlet di Dewan A.
"Orang ramai juga berpeluang menyertai pertandingan memancing di NAFAS Cube. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di MAHA 2024 seperti jualan 'happy hour', uji rasa produk makanan jenama Peladang, aktiviti santai dan permainan interaktif bersama pengunjung di segmen penglibatan NAFAS.
"Jangan lepaskan peluang anda, jom beramai-ramai kita ke MAHA 2024 dan melihat sendiri pelbagai aktiviti yang pastinya akan memberi pengalaman yang unik dalam penganjuran MAHA pada kali ini. Jumpa anda di sana!," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai penglibatan NAFAS di MAHA 2024, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi NAFAS di Facebook, Instagram, X, Threads, dan TikTok - @nafashq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#TikTok
#media sosial
#MAHA 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan