awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHA 2024 sasar lebih 150 penyertaan seluruh dunia - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
19/07/2024
08:48 MYT
MAHA 2024 sasar lebih 150 penyertaan seluruh dunia - Mohamad Sabu
MOHAMAD: Persediaan kementerian dan Kerajaan Malaysia untuk menyambut kedatangan para pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara bertepatan dengan MAHA Go Global tahun ini.
KUALA LUMPUR: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 Sept depan menyasarkan 150 penyertaan syarikat-syarikat dari seluruh dunia yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi satu hantaran di Facebook beliau memaklumkan MAHA 2024 merupakan antara perkara yang disentuh pada Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, pagi ini.
"Persediaan kementerian dan Kerajaan Malaysia untuk menyambut kedatangan para pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara bertepatan dengan MAHA Go Global tahun ini," katanya.
MAHA 2024 dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Sementara itu Mohamad berkata secara keseluruhannya mesyuarat kabinet hari ini membincangkan isu-isu penting berkait dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri, serta isu-isu berbangkit di beberapa kementerian yang perlu diberikan perhatian dan diselesaikan dengan segera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHA 2024
#Mohamad Sabu
#Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia
#syarikat seluruh dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan