awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa Palestin turun padang jadi sukarelawan banjir

Adli Effendy
Adli Effendy
06/01/2015
13:41 MYT
Mahasiswa Palestin turun padang jadi sukarelawan banjir
#Hands4Malaysia sukarelawan Palestin bantu mangsa banjir
Sehingga ke hari ini, bukan ratusan malah ribuan sukarelawan telah ke Pantai Timur serta beberapa negeri lagi yang terjejas teruk akibat banjir. Serentak itu, pada Isnin, Menteri Pertanian & Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa sukarelawan mendaftar diri mereka sebelum menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir. Gesaan itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir agar lebih sistematik.
Kelantan today.. May bless them and bless the place they are in! #hands4malaysia pic.twitter.com/B28fymfGG7
— Darwish Schaa (@missJenna2jo) January 4, 2015
Mencuri tumpuan di media sosial hari ini adalah foto-foto beberapa sukarelawan dari Palestin yang turut menggembleng tenaga membantu mangsa banjir di Kelantan. Mereka ini adalah sebahagian daripada 50 orang sukarelawan dari 'Palestinian Cultural Organization Malaysia' (PCOM). Mereka berada di Kelantan dan Pahang sejak Sabtu lalu dalam misi bantuan yang dipanggil #Hands4Malaysia. Menurut laman Facebook Shehab News Agency, warga Palestin ini adalah golongan Mahasiswa yang kini belajar di Malaysia.
Geng palestin hantar bantuan untuk mangsa banjir Ukhuwah that never ends pic.twitter.com/NzSPIIHCxM
— Meeya (@MeeyaAziz) January 5, 2015
Bukan sahaja membantu dengan memberi sumbangan barang keperluan, malah mereka dilihat turut ringan tulang membantu membersihkan rumah mangsa banjir yang dipenuhi sampah dan lumpur.
#Banjir: Warga Palestin turut menghulurkan bantuan membersihkan lumpur di kawasan Pantai Timur pic.twitter.com/Y8bX7evDGF
— Barisan Nasional (@barisanasional) January 6, 2015
Menurut Muslim Imran, Pengerusi PCOM, kempen #Hands4Malaysia ini adalah satu daripada usaha bantuan berterusan dan juga untuk menyampaikan mesej perpaduan serta solidariti.
"Kerajaan, badan NGO dan rakyat Malaysia telah sejak dahulu lagi memberi sokongan kepada Palestin & membantu kami dalam apa jua cara serta kemampuan. Ini cuma sebahagian daripada usaha kami untuk membalas budi rakyat negara ini disamping membuktikan semangat persaudaraan atau 'brotherhood' diantara Palestin dengan Malaysia." jelas Imran.
Mahasiswa Palestin sudah jadi sukarelawan banjir.....anda? pic.twitter.com/X8fesv1iZR
— notTALENTEDbutUNIQUE (@ammaRockstar) January 6, 2015
Topic Berkaitan
#banjir
#Hands 4 Malaysia
#Hands4Malaysia
#Palestin
#PCOM
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan