awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha

Bernama
Bernama
16/06/2024
21:00 MYT
Mahasiswa perlu rasional dalam mendepani, memperjuang isu babitkan rakyat Sabah - Mustapha
Mustapha menasihati mahasiswa supaya berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan untuk memperjuangkan sesuatu isu seperti masalah bekalan air. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud mengingatkan mahasiswa supaya bersikap rasional dalam mendepani dan memperjuangkan sebarang isu membabitkan Sabah serta rakyatnya.
Sebagai rakyat Sabah, beliau memahami perjuangan itu namun menasihati mahasiswa supaya menilai sebaiknya dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan untuk memperjuangkan sesuatu isu seperti masalah bekalan air.
Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, seperti himpunan #KamiMahuAir Sabah baru-baru ini, beliau telah mengingatkan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang terlibat supaya memohon permit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berhimpun secara aman namun apa terjadi adalah sebaliknya.
"Mereka bawa bukan warganegara dalam perjuangan melibatkan isu rakyat Sabah. Saya terkejut dan saya tidak jangka perkara ini berlaku dan melibatkan mahasiswa kita.
"Bukan kita menghalang mereka untuk berhimpun, buat permit buatlah secara aman dengan penuh rasional," katanya kepada pemberita pada Sambutan 25 Tahun PKR dan Pesta Kaamatan PKR Sabah, di sini, pada Ahad.
Majlis anjuran Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew selaku Ketua Cabang PKR Api-Api itu dirasmikan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Mustapha hadir selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, sembilan individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditahan PDRM ketika menyertai perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada Jumaat lepas.
Mustapha berkata, beliau menyerahkan kepada pihak PDRM untuk menyiasat perkara itu dan menegaskan mahasiswa yang terlibat perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka dalam isu tersebut.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa mendengar keluhan mahasiswa dan usaha sedang dilakukan bagi mengatasi masalah bekalan air di universiti itu namun mengingatkan mahasiswa supaya tidak menjadi alat pihak tertentu terutama yang melibatkan politik.
Sementara itu, Kasim ketika dihubungi berkata, PDRM sedang melengkapkan kes itu mengikut Akta Perhimpunan Aman dan akan memanggil pihak yang terlibat bagi membantu siasatan.
"Setakat ini kita tunggu kertas siasatan selesai dahulu sebelum ambil apa-apa tindakan lanjut, kita teliti dahulu dan kita akan panggil mereka terlibat untuk bantu siasatan," katanya sambil menambah sembilan individu yang ditahan tanpa dokumen pengenalan diri disiasat mengikut Akta Imigresen. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#mahasiswa
#bekalan air
#Akta Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan