awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir terima anugerah tertinggi Jepun daripada Maharaja

Bernama
Bernama
06/11/2018
02:00 MYT
Mahathir terima anugerah tertinggi Jepun daripada Maharaja
Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi "Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers" daripada Maharaja Akihito dari Jepun. -Foto Wisma Putra
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (Selasa) dianugerahi "Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers" daripada Maharaja Akihito dari Jepun.
Penganugerah yang tertinggi dari Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Perdana Menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala.
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Imperial Palace di sini pukul 9.45 pagi waktu tempatan (8.45 pagi waktu Malaysia).
Anugerah itu adalah pemberian tertinggi yang diberi kepada pemimpin luar bagi sumbangan terhadap hubungan dua hala antara negara-negara berkenaan dengan Jepun di samping sumbangan mereka kepada rantau ini.
Dr Mahathir adalah pemimpin ketiga dari Asia yang menerima anugerah berprestij ini selepas bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh.
Beliau kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun sejak Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers
#Hubungan dua hala
#Imperial Palace
#Lee Kuan Yew
#Maharaja Akihito
#Mahathir Mohamad
#Manmohan Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan