Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai locus standi atau kedudukan untuk memberi apa-apa cadangan kepada anggota parti.
Beliau berkata ini kerana Dr Mahathir bukan lagi anggota parti selepas negarawan itu membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO pada 29 Februari lepas.
"Saya kira beliau (Dr Mahathir) tak ada locus standi untuk membuat apa-apa cadangan kepada ahli cawangan kerana beliau tak menjadi ahli UMNO dan tidak menjadi ahli UMNO adalah pilihan beliau sendiri.
"Saya kira elok jika beliau tidak mencampuri urusan parti yang beliau sudah tidak anggotai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan, Taklimat dan Perasmian Serentak Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Dr Mahathir semalam supaya cawangan-cawangan UMNO mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan perdana menteri dalam mesyuarat tahunan masing-masing.
Kenyataan Dr Mahathir itu diviralkan dalam media sosial.
Mengulas lanjut, Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata pada masa ini, biarlah jemaah UMNO yang menentukan masa depan parti.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim dalam ucapannya menegaskan bahagian itu menyokong penuh kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan juga presiden UMNO.
"Ini pendirian kita (bahagian Kuala Pilah) untuk kita mempertahankan presiden," katanya.
Di ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan usul Dr Mahathir itu bertujuan untuk menjatuhkan dan merosakkan UMNO.
"Saya minta supaya ahli-ahli UMNO negeri tidak terpedaya dengan gerakan negatif ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Kedah hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata beliau akan meminta semua ketua cawangan memantau perkara itu kerana kebiasaannya orang dalaman parti yang akan cuba merosakkan parti secara senyap.
Bernama
Sat Mar 19 2016
AHMAD SHABERY: Tidak menjadi ahli UMNO adalah pilihan beliau (Tun Mahathir) sendiri.
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Isu jualan saham KPF akan selesai dalam tempoh enam hingga sembilan bulan - Ahmad Shabery
Aset pelaburan dan modal koperasi itu yang kini bernilai lebih RM4 bilion sedang distruktur semula dan akan dicairkan.
Kod etika wartawan baharu bertepatan keperluan dunia kewartawanan - Shabery
Ia selaras dengan peredaran zaman dan cabaran teknologi serta peranan penting mereka sebagai suara rakyat.
Polisi mampan ekonomi kitaran perlu dibangunkan - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery berkata, sekiranya berjaya, pengaplikasian ekonomi kitaran dijangka memberi keuntungan lebih RM100 bilion.
Felda beri penekanan amalan ekonomi kitaran dalam KEB 2024
Ahmad Shabery berpendapat Malaysia harus membangunkan peta hala tuju ke arah perlaksanaan ekonomi kitaran yang lebih menyeluruh.
Peneroka Felda terpaksa tanggung kerugian jika harga gula kekal rendah - Shabery
Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga gula sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan.
Shabery Cheek sedia bantu BN rampas kerusi Parlimen Kemaman
Ahmad Shabery berkata kekalahan BN dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15 bukan halangan besar bagi gabungan itu memenangi PRK itu.
Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Felda yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Warga Felda berperanan corak landskap politik tanah air - Ahmad Shabery
Warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memainkan peranan besar dalam mencorakkan landskap dan masa depan politik tanah air.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.