awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery

Bernama
Bernama
09/08/2023
04:03 MYT
Isu Felda boleh selesai di bawah pentadbiran kerajaan negeri, pusat yang sama - Ahmad Shabery
Ahmad Shabery mengakui berlaku kekeliruan dalam kalangan peneroka ekoran negara mengalami perubahan lima tampuk pimpinan berbeza dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. - Gambar fail/BERNAMA
GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yakin beberapa isu yang menghimpit peneroka di Kelantan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya kerajaan negeri dan kerajaan pusat bernaung di bawah tampuk pimpinan yang sama.
Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata situasi yang berlaku di Pahang merupakan satu bukti yang nyata kebersamaan kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat membantu memberikan kemudahan infrastruktur kepada rakyat.
Beliau mengakui berlaku kekeliruan dalam kalangan peneroka ekoran negara mengalami perubahan lima tampuk pimpinan berbeza dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
"Warga Felda begitu keliru sekali perubahan Perdana Menteri dalam masa lima tahun jadi ramai (peneroka) tidak tahu siapa yang betul siapa yang salah.
"Tapi saya mengingatkan bahawa untuk masa depan Felda yang jelas kita memerlukan sebuah kerajaan negeri yang sama dengan kerajaan persekutuan, dan kita mengharapkan satu perubahan yang lebih ketara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Felda Chiku 3, di sini malam tadi.
Ahmad Shabery juga tidak menafikan landskap politik negara sudah berubah dan generasi baharu tidak lagi fokus kepada hanya satu parti, justeru beliau menyeru rakyat Kelantan memilih pentadbiran yang baharu memandangkan banyak perkara yang tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri sehingga kini.
"Saya melihat ada perubahan besar di Kelantan, saya percaya mungkin ini peluang terakhir rakyat Kelantan untuk melihat satu perubahan, cubalah sekali ada banyak perkara yang tidak diselesaikan oleh kepimpinan negeri Kelantan pada hari ini.
"Jangan kita pandang rendah kepada rakyat yang inginkan perubahan dan pembangunan yang lebih terancang. Kita mahukan sebuah negara yang lebih stabil keseimbangan, persamaan serta keseiringan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri saya percaya rakyat Kelantan bijak untuk membuat keputusan," katanya.
Beliau turut melahirkan keyakinan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa berusaha membuat penyelesaian yang konkrit terhadap isu-isu yang menghimpit peneroka ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#Ahmad Shabery Cheek
#Gua Musang
#kerajaan pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan