KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) tiga pihak dengan Skyports dan Volocopter untuk menjalankan kajian daya maju pelaksanaan infrastruktur vertiport (lapangan terbang berlepas dan mendarat secara menegak) di Malaysia.
Skyports merupakan pereka dan pengendali utama dunia infrastruktur vertiport bagi teksi udara elektrik manakala Volocopter adalah perintis kepada mobiliti udara bandar (UAM).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama yang baru dibentuk itu akan mengkaji pelaksanaan perkhidmatan teksi udara elektrik revolusi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang (LTSAAS) serta lokasi lain di seluruh negara.
Ini akan meletakkan negara dalam kalangan peneraju di rantau ini dari segi kesediaan untuk melaksanakan UAM, katanya.
"Teknologi teksi udara dan revolusi adalah satu trend masa depan seterusnya yang kita mahu lihat berlaku dalam industri penerbangan Malaysia.
"Dengan LTSAAS menawarkan ekosistem sinergi dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa, sudah sampai masanya bagi kita untuk meneroka perkhidmatan baharu ini kerana ia melengkapkan pembangunan utama lain inisiatif penjanaan semula industri," katanya.
Mengikut MoU itu, pihak-pihak akan menggabungkan kepakaran penerbangan dan aeroangkasa mereka yang berbeza untuk menjalankan kajian daya maju, menilai penyelesaian vertiport yang sesuai bagi membolehkan pelepasan dan pendaratan kenderaan pelepasan dan pendaratan vertikal elektrik penumpang (eVTOL) yang selamat.
Kajian itu akan mengambil kira faktor-faktor seperti permintaan, aliran pelanggan dan bagaimana untuk menyepadukan operasi UAM.
Mohd Shukrie berkata MAHB berharap dapat mengukuhkan lagi kedudukan LTSAAS di Asia Pasifik dengan memenuhi segmen penyelidikan, pemasangan, pembuatan, penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih, selain operasi teksi udara.
Ia bertujuan untuk menyediakan keupayaan dan penyelesaian menyeluruh dan bernilai tinggi yang diterajui oleh pengendali utama, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 21 2021
MoU tiga pihak dengan Skyports dan Volocopter itu untuk menjalankan kajian daya maju pelaksanaan infrastruktur vertiport di Malaysia.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Perjanjian operasi baharu MAHB dan kerajaan kukuhkan prospek pendapatan - Penganalisis
Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB.
MoT sasar siapkan projek Aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini - Loke
Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.