KUALA LUMPUR: Usaha pemerkasaan masyarakat luar bandar akan dijadikan salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelaksanaan amanah dan tanggungjawab itu akan dijalankan dengan penuh ikhlas, jujur dan berintegriti demi memastikan negara terus bergerak maju terutama dalam usaha menangani COVID-19 melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Insya-Allah pengalaman di sepanjang karier politik saya akan dijadikan sebagai bekalan untuk saya memastikan segala agenda pemerkasaan masyarakat luar bandar sebagai salah satu agenda utama yang akan diterapkan di KPLB.
"Dengan rasa rendah diri, saya memohon seluruh rakyat mendoakan semoga segalanya dipermudahkan dan negara kita berjaya bangkit dan pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang dalam tempoh masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Kabinet KPLB di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Mahdzir kemudian tiba di bangunan KPLB pada jam 5.45 petang Isnin untuk merakam penanda waktu bagi memulakan tugas hari pertamanya.
Dalam perkembangan berkaitan, KPLB memaklumkan, akan terus kekal komited dan memberi kerjasama kepada menteri, timbalan menteri I dan timbalan menteri II dalam melaksanakan inisiatif membangun dan memajukan luar bandar.
KPLB memaklumkan, sokongan itu untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar sejajar dengan visi, misi dan motto 'Luar bandar sejahtera'.
Pelantikan itu diharap akan menjadi pemangkin kepada pembangunan luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan dan holistik dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19 serta memastikan PPN dan gagasan Keluarga Malaysia dapat dijayakan.
Dalam pada itu, KPLB juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abd Latiff Ahmad dan bekas Timbalan Menteri II, Datuk Henry Sum Agong di atas khidmat dan sumbangan sebelum ini.
Astro Awani
Mon Aug 30 2021
Mahdzir berkata, pelaksanaan amanah dan tanggungjawab itu akan dijalankan dengan penuh keikhlasan, jujur dan berintegriti. - FotoKPLB
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Mahdzir mahu utama agenda pemerkasaan luar bandar
Usaha pemerkasaan masyarakat luar bandar akan dijadikan salah satu agenda utama yang akan diterapkan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Sedia terima CSA jika tawaran PM sama seperti Muhyiddin - Tony Pua
Pakatan Harapan sedia menerima CSA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tawaran itu sama seperti dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Kabinet baharu: Masa untuk selamatkan rakyat, pulih ekonomi, bukan politiking - Hadi Awang
Pas memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri untuk menjalankan tugas dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.
Tidak perlu pertikai kewajaran pelantikan kabinet - Shamsul Amri
Penentuan kepada kewajaran atau kelayakan kepimpinan tersebut akan ditentukan oleh dua fokus utama iaitu COVID-19 dan ekonomi.
Kabinet baharu: Naratif politik sama tidak mampu ubah sentimen rakyat - Penganalisis
Anggota Kabinet yang diumumkan pada Jumaat boleh dianggap tidak efektif kerana dilihat tidak mampu menggerakkan naratif politik yang berbeza.
Imuniti kelompok hampir tercapai, tiada alasan tidak pamer prestasi baik - Masrizal
Tiada alasan untuk barisan Kabinet baharu tidak dapat mempamer prestasi cemerlang dalam tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pengumuman barisan Kabinet baharu memberikan lebih keyakinan dalam kalangan pelabur.
Kabinet baharu: Tumpu isu berkepentingan masyarakat secara mikro - Penganalisis
Pengumuman barisan Kabinet diharapkan dapat meneruskan PPN dan memberikan penambahbaikan khususnya dalam isu berkepentingan masyarakat secara mikro.
Kabinet Malaysia: Gugur menteri yang gagal selepas 100 hari - Najib
Datuk Seri Najib Razak berharap agar kesemua barisan Kabinet yang dibentuk pada Jumaat dinilai berdasarkan hasil dan pencapaian.
"Tak ada pilihan lain, mari doakan gaji mereka dibayar separuh" - Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.