awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah AS arah Samsung bayar AS$445.5 juta dalam kes saman paten

Bernama
Bernama
11/10/2025
05:16 MYT
Mahkamah AS arah Samsung bayar AS$445.5 juta dalam kes saman paten
Juri di negeri Texas, Amerika Syarikat pada Jumaat mengarahkan gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung membayar kira-kira AS$445.5 juta selepas didapati melanggar hak paten.
SAN JOSE (California): Juri di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengarahkan gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung membayar kira-kira AS$445.5 juta selepas didapati melanggar hak paten, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan berpihak kepada plaintif, syarikat Collision Communications yang berpangkalan di New Hampshire itu merupakan keputusan peringkat pertama.
Bagaimanapun, jumlah pampasan oleh juri kadangkala boleh dikurangkan pada peringkat rayuan.
Menurut Collision, telefon pintar Samsung, tablet, komputer riba, peti sejuk, mesin basuh dan peralatan rumah lain melanggar paten secara menyeluruh.
Senarai peranti yang didakwa melanggar paten merangkumi lebih 15 halaman dalam tuntutan mahkamah.
Empat paten yang dipertikaikan itu berkaitan teknologi bagi mengurangkan gangguan isyarat dalam komunikasi rangkaian.
Samsung berhujah bahawa paten berkenaan tidak sah, namun gagal meyakinkan juri Texas yang kemudiannya memutuskan Collision berhak menerima pampasan berjumlah US$445,494,160.
Juri juga mendapati Samsung secara sengaja melanggar paten itu, yang berpotensi menyebabkan jumlah bayaran meningkat.
Pada Disember 2023, Collision turut memfailkan saman terhadap pengeluar komputer terbesar dunia, Lenovo, serentak dengan kes terhadap Samsung. Pertikaian paten dengan Lenovo itu diselesaikan pada akhir September.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Samsung disaman
#kes saman paten
#Mahkamah Amerika Syarikat
#Collision Communications
#Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan