awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
Zohran Mamdani batal semua arahan eksekutif mantan Datuk Bandar NY
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah benarkan Arul Kanda jadi saksi pendakwaan kes laporan audit 1MDB

Hilmi Malik
Hilmi Malik
24/06/2022
07:17 MYT
Mahkamah benarkan Arul Kanda jadi saksi pendakwaan kes laporan audit 1MDB
Terdapat bukti menunjukkan Arul Kanda mengetahui perbualan melibatkan Najib Razak berhubung dua mesyuarat mengenai audit 1MDB pada 2016. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan perkara itu untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi berdasarkan Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ujarnya, wujud bukti untuk menunjukkan Arul Kanda mengetahui perbualan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dua mesyuarat mengenai audit 1MDB pada 2016.
Menurutnya lagi, pihak pendakwaan juga telah memberikan alasan mengenai permohonan tersebut dan pihak pembelaan tidak akan diprejudis.
Mahkamah kemudiannya memanggil Arul Kanda ke kandang saksi bagi memberi keterangan.
Pada 20 Mei lepas, pihak pendakwaan memfailkan permohonan bertulis mengikut Seksyen 63 Akta SPRM 2009 untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi.
Di bawah Seksyen 63(1) dalam situasi dua atau lebih individu didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak pendakwaan jika permohonan bertulis dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#Najib Razak
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan