KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mencadangkan supaya kes saman sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai dan dekorasi rumah terhadap personaliti televisyen, Awal Ashaari diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Nurshafiqa Balqish Jaffri yang mewakili Naz Empire Sdn Bhd ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache secara dalam talian hari ini yang turut disertai peguam Muna Farhana Zainuddin mewakili Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari.
Nurshafiqa Balqish berkata Hakim Ahmad mencadangkan supaya kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.
"Mahkamah juga membatalkan saman terhadap dua lagi defendan dalam kes saman itu iaitu Nawal Yasmin Mat Noh dan Muhammad Hilmi Zulkifli selepas plaintif (Naz Empire) memfailkan notis untuk tidak meneruskan saman terhadap mereka kerana penyelesaian telah dibuat di luar mahkamah," katanya yang turut memaklumkan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 3 Sept depan.
Pada 13 Nov tahun lepas, Naz Empire telah memfailkan saman terhadap Awal dan dua rakan kongsi perniagaan atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise iaitu Nawal Yasmin Mat Noh serta Muhammad Hilmi Zulkifli kerana didakwa memfitnah syarikat itu berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti tersebut.
Menurut Naz Empire dalam pernyataan tuntutannya, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi menjalankan perniagaan secara perkongsian atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise dan didakwa sering berkongsi siaran-siaran gambar atau video berkaitan ubah suai atau dekorasi rumah dalam laman media sosial Instagram mereka @houseofsix.my.
Syarikat itu mendakwa kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan selepas defendan pertama (Awal) membayar deposit sebanyak RM100,000 menerusi dua transaksi pada Ogos 2019 dan sekitar 3 Sept 2019, dan plaintif mendakwa defendan menyatakan bahawa beliau mahukan 'sky roof' dan tambahan tingkap di dapur rumah baharunya itu.
Ini menyebabkan plaintif memberi sebut harga baharu kepada defendan pertama untuk kos pengubahsuaian sebanyak RM7,500.
Dakwa plaintif, Awal secara tiba-tiba menimbulkan pelbagai isu dan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap hasil atau kualiti kerja plaintif dan memberhentikan syarikat terbabit daripada terus membuat kerja pengubahsuaian serta meminta memulangkan semula wang deposit sebanyak RM100,000.
Plaintif mendakwa, Awal telah memulakan siri fitnah secara berterusan terhadap plaintif dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya serta telah memuat naik satu siaran fitnah melalui siaran YouTube di pautan dengan nama pentas 'SchaAwal' bagi tujuan sama.
Naz Empire telah mengemukakan saman berjumlah RM3 juta terhadap Awal kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan kes saman sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai dan dekorasi rumah terhadap Awal Ashaari diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi. - Gambar fail

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

Mahkamah cadang saman Naz Empire terhadap Awal Ashaari selesai secara mediasi
Hakim mencadangkan kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes akan diteruskan dengan perbicaraan.

Ubah suai rumah: Awal Ashaari fail tuntutan balas RM750,000 terhadap Naz Empire
Selepas disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah, personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750,000.