awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan kekal keputusan batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah

Bernama
Bernama
08/10/2021
09:19 MYT
Mahkamah Rayuan kekal keputusan batal saman Deepak terhadap Najib, Rosmah
Mahkamah Rayuan membatalkan saman ahli perniagaan, J.R. Deepak Jaikishan terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansor dan dua entiti lain dalam urusan tanah yang menyebabkan kerugian besar kepada syarikatnya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman seorang ahli perniagaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua entiti lain dalam urusan tanah yang menyebabkan kerugian besar kepada syarikatnya.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak rayuan J.R. Deepak Jaikishan, yang memutuskan tiada merit dalam rayuannya kerana Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan secara terperinci setiap pliding dan isu-isu dalam membuat penemuannya.
"Kami mendapati penemuannya mengenai isu locus perayu (Deepak) dan kekurangan elemen utama dalam pliding yang dianggap oleh peguam perayu adalah betul dari segi undang-undang," katanya sambil menambah bahawa tiada sebarang pindaan yang dapat membetulkan kenyataan tuntutan Deepak.
Hakim Hanipah berkata, mahkamah berpendapat tidak ada kekhilafan oleh hakim Mahkamah Tinggi untuk membenarkan campur tangan rayuan.
Hakim Hanipah yang bersidang bersama Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun memerintahkan Deepak membayar kos RM7,000 kepada Najib, Rosmah, Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya, Bakti Wira Development Sdn Bhd.
Deepak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai tahun lepas yang membatalkan samannya terhadap Najib, Rosmah, Boustead Holdings dan Bakti Wira Development.
Dalam prosiding rayuan yang dijalankan secara maya hari ini, peguam Magita Hari Mogan berhujah anak guamnya (Deepak) perlu diberi peluang untuk meminda penyataan tuntutannya.
Menerusi saman yang difailkan pada 12 Okt 2018 terhadap Najib, Rosmah dan dua syarikat itu, Deepak mendakwa syarikatnya mengalami kerugian besar akibat konspirasi, penipuan dan pengaruh yang tidak wajar oleh kesemua defendan dalam urusan pembelian tanah.
Beliau mendakwa sebagai pengarah dan pemilik saham terbesar Astacanggih Sdn Bhd, beliau telah menandatangani satu perjanjian dengan pengarah dan pemilik saham terbesar syarikat Awan Megah (M) Sdn Bhd, Raja Ropiaah Raja Abdullah berhubung tiga bidang tanah seluas 181.9 hektar di Mukim Kapar, Klang dan Mukim Bukit Raja, dalam Daerah Petaling.
Deepak mendakwa bayaran deposit RM13 juta telah dibayar oleh Astacanggih kepada Awan Megah dan bon tanah daripada Kuwait Finance House (M) Berhad berjumlah RM72.5 juta oleh syarikatnya itu telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, beliau mendakwa Awan Megah enggan mengemukakan geran tanah asal untuk dipindahkan kepada Astacanggih.
Deepak berkata, akibat konspirasi dan campur tangan Najib dan Rosmah, beliau terpaksa menjual 80 peratus (16 juta unit) sahamnya dalam Astacanggih kepada Boustead Holdings melalui anak syarikatnya, Bakti Wira.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi am RM600 juta, ganti rugi teladan RM50 juta dan ganti rugi berpanjangan RM26 juta.
Peguam Robert Lazar mewakili kedua-dua syarikat itu manakala Datuk David Matthews mewakili Najib dan Rosmah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#Deepak
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan