PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM150,000.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk P. Ravinthran, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk S. M. Komathy sebulat suara menolak rayuan terakhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Sabudin Mohd Salleh.
Ravinthran yang mempengerusikan panel itu berkata tiada rekod dokumen pengeluaran wang daripada akaun syarikat atau sebarang penyata bank menunjukkan responden (Sabudin) telah menerima wang itu.
"Pertuduhan terhadap responden merujuk kepada satu tempoh dalam Ogos 2018. Bagaimanapun, tiga saksi pendakwaan mengatakan ia mungkin dilakukan dalam Jun 2018 kerana tarikh Hari Raya Puasa atau hari Raya Haji dan ia tidak jelas. Inilah faktor utama Mahkamah Sesyen tidak menerima bukti daripada ketiga-tiga saksi pendakwaan.
"Mahkamah Sesyen tidak menganggap ketiga-tiga saksi pendakwaan boleh dipercayai dan tiada alasan untuk mahkamah ini campur tangan dengan dapatan itu setelah mempertimbangkan keadaan kes ini. Maka kami menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen," kata Ravinthran.
Sabudin hadir di mahkamah hari ini berkerusi roda dan kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu sementara isterinya kelihatan melakukan sujud syukur dan menangis di galeri awam.
Pada 8 April, 2021 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Sabudin tanpa memanggil beliau untuk mempertahankan diri dan kemudian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Feb 2022 mengekalkan keputusan itu dan menolak rayuan pihak pendakwaan.
Sabudin, 61, yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa menerima RM150,000 daripada Chia Chee Seng, Pengarah Tegap Elit Sdn Bhd sebagai satu dorongan untuk beliau menentusahkan bagi pembayaran pendahuluan yang dikemukakan beberapa syarikat.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Ukay Perdana di sini antara 13 hingga 19 Ogos, 2018.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal sementara Sabudin diwakili peguam K. Theivaendran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Sabudin hadir di mahkamah hari ini berkerusi roda dan kelihatan tenang selepas mendengar keputusan itu sementara isterinya kelihatan melakukan sujud syukur dan menangis di galeri awam. - Gambar fail/ Bernama
EPL: Mauricio Pochettino pimpin Chelsea benam Spurs
Satu gol pada setiap separuh masa daripada Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson memberikan The Blues kemenangan yang tidak ternilai.
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Mahkamah Rayuan kekal pembebasan bekas timbalan pengarah kanan DBKL daripada dakwaan rasuah
Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL daripada satu pertuduhan menerima suapan berjumlah RM150,000.
Bekas timbalan pengarah kanan DBKL didakwa lagi
Tertuduh, Sabudin Mohd Salleh, 58 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim S Indera Nehru.