PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan bahawa seorang pemuda berusia 27 tahun yang dilahirkan di Sabah berbapakan rakyat Sarawak dan ibunya dipercayai berasal dari Indonesia, adalah warganegara Malaysia.
Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata Wong Kueng Hui telah memenuhi Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan (FC) dibaca bersama Seksyen 1(e) Bahagian II Jadual Kedua FC, diberikan status kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang.
Dalam menolak rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, hakim itu berkata Mahkamah Tinggi adalah betul apabila memutuskan pada 2019 bahawa Wong berhak di bawah undang-undang untuk menjadi rakyat Malaysia.
Keputusan majoriti itu dipersetujui oleh Hakim Datuk M. Gunalan manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi menentang.
"Selepas meneliti rekod rayuan, kami mendapati tidak ada kesilapan dalam keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Bukti yang tidak dapat dipertikaikan menunjukkan Wong lahir di Hospital Keningau, hasil perkahwinan antara bapa kandungnya yang merupakan rakyat Malaysia dan ibu yang status kerakyatannya tidak diketahui," kata Hakim Che Mohd Ruzima.
Beliau berkata penghakiman majoriti bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa responden (Wong) telah melakukan apa yang mungkin untuk menentukan status kewarganegaraan ibunya.
Sementara itu dalam penghakiman menentang, Hakim Azizah berkata, ibu kandung Wong meninggal dunia ketika umurnya 17 tahun dan adalah tidak benar apabila responden tidak mempunyai pengetahuan mengenai ibu kandungnya.
"Responden sebenarnya telah membuat pertanyaan dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia. Jadi responden mengetahui ibunya berasal dari Indonesia. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa terbukti responden (Wong) tidak bernegara. Saya dengan itu membenarkan rayuan kerajaan tanpa perintah mengenai kos," katanya.
Wong yang dilahirkan pada 2 Januari 1995, menghadiri prosiding secara maya itu bersama peguamnya Mohd Haijan Omar manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohd Izhanudin Alias mewakili kerajaan Malaysian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Menteri Dalam Negeri selaku perayu.
Mahkamah Tinggi pada 21 Oktober 2019 mengiktiraf Wong yang dilahirkan di Malaysia sebagai individu tanpa negara, mengisytiharkannya sebagai warganegara Malaysia berdasarkan Seksyen 1(e) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan - peruntukan iaitu mereka yang dilahirkan di Malaysia dan tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain berhak di bawah undang-undang untuk kewarganegaraan Malaysia.
Bernama
Wed Jan 19 2022

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berkata, Mahkamah Tinggi adalah betul apabila memutuskan pada 2019 bahawa Wong berhak di bawah undang-undang untuk menjadi rakyat Malaysia. - Gambar hiasan

Abdul Wahid Omar dilantik pengerusi baharu WWF Malaysia
WWF Malaysia melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
![AWANI Borneo [01/07/2022] - Tangani kebanjiran pati | Hampiri sasaran 1.2 juta pelancong | Rebut peluang, tukar strategi AWANI Borneo [01/07/2022] - Tangani kebanjiran pati | Hampiri sasaran 1.2 juta pelancong | Rebut peluang, tukar strategi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976152/thumbnails/19650021631656675413458_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [01/07/2022] - Tangani kebanjiran pati | Hampiri sasaran 1.2 juta pelancong | Rebut peluang, tukar strategi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri #AWANIBorneo 1 Julai 2022 : Hajiji setuju penubuhan jawatankuasa dwi-partisan tangani masalah PATI Sektor pelancongan Sarawak: Sasaran 1.2 juta pengunjung tahun ini hampir tercapai Rebut peluang, tukar strategi, Fazzah Kitchen gigih buka cawangan pasca pandemik COVID-19 #AWANInews #MalaysiaBangkit

Inflasi: Kerajaan perlu pergiat tarik pelaburan asing, hubungan rakan strategik
Inflasi tidak boleh diselesaikan hanya dengan bantuan subsidi atau polisi tertentu semata-mata.

Usahawan Luar Bandar | Bimbingan MARA bantu tembusi pasaran luar negara
Bertapak di luar bandar, bukan penghalang untuk memasarkan produk ke luar negara. Itu pencapaian membanggakan usahawan dari Batang Ai, Lubuk Antu yang mengangkat ikan talapia dan madu kelulut sehingga ke Singapura dan Thailand.

Inspirasi | Bertahan ketika pandemik, Fazzah Kithen gigih melebar sayap
Tidak ramai peniaga yang bernasib baik ketika era pandemik COVID-19 ramai yang terpaksa gulung tikar. Ada juga yang bertahan dengan menukar strategi pemasaran. Seperti perniagaan Fazzah Kitchen, yang diusahakan usahawan muda ini .

Sukan | Liga zon tengah semai semangat kekitaan antara DUN
Setelah kali terakhir diadakan pada March 2019, Arena Sukan Sarawak kembali disemarakkan dengan perlawanan Piala Liga Bola Sepak Zon Tengah 2022 atau Sarawak Central Zone Football yang berlangsung hingga Ogos ini. Penyertaan 14 pasukan yang mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di zon tengah sekali gus menghidupkan semangat setiakawan dan kesukanan.

Sejarah dan Warisan | Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan
Muzium Maritim Sarawak dijangka siap April tahun depan. Dibangunkan di atas tapak limbungan Brooke di Kuching projek berkenaan ketika ini dalam proses melaksana kerja-kerja baik pulih limbungan termasuk hiasan dalamannya. Menurut pengurus besar limbungan tersebut, Lubau Genam, proses pembinaan sediikt terganggu suslan Perintah Kawaln Pergerakan (PKP) selain kekangan teknikal.

Cukai Jualan | Bangunkan sistem, kekang pemalsuan pengisytiharan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi Kementerian Kewangan Negeri (KKN) akan mewujudkan sistem integrasi secara atas talian bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Sistem ini bertujuan mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu. Menurut Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, ia dibangunkan sebagai mengekang perkara ini daripada terus berlaku.

PATI | Hajiji harap setiap pihak jujur mencari penyelesaian
Cadangan penubuhan Jawatankuasa DWI-Partisan bagi menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) mendapat reaksi positif Datuk Seri Hajiji Noor. Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun mahu semua pihak yang bakal terlibat jujur dalam menyelesaikan masalah itu demi kepentingan jangka panjang Sabah.

Oshweek 2022 | Kerjasama semua pihak bagi kurangkan kemalangan tempat kerja
Sembilan kes maut, 14 kes hilang upaya kekal, 155 kes tidak hilang upaya kekal dan 266 kes penyakit serta keracunan pekerjaan dicatatkan di Sarawak setakat 30 Jun 2022. Bagi memastikan angka ini dapat dikurangkan, Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Sarawak Dr Nor Halim Hasan berharap kerjasama berterusan daripada semua pihak bagi meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja.

Mahkamah Rayuan putuskan lelaki kelahiran Sabah rakyat Malaysia
Kes seorang pemuda yang dilahirkan di Sabah berbapakan rakyat Sarawak dan ibunya dipercayai berasal dari Indonesia.