awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan: Sabitan kesalahan Karpal Singh kekal

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
31/05/2016
04:20 MYT
Mahkamah Rayuan: Sabitan kesalahan Karpal Singh kekal
Mahkamah Rayuan, pada Isnin, mengekalkan sabitan kesalahan menghasut mendiang peguam Karpal Singh, dua tahun selepas kematiannya.
Mahkamah Rayuan telah mengekalkan sabitan kesalahan menghasut mendiang peguam Karpal Singh, dua tahun selepas kematiannya.
Walau bagaimanapun, Hakim Datuk Mohtarudin Baki mempertimbangkan rayuan untuk hukuman diringankan dan mengetepikan denda RM4,000 yang dikenakan sebelum ini dan menggantikannya dengan denda RM1,800 atau dua bulan penjara.
Ini bermakna bahawa mendiang tidak akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika masih hidup dan yang balunya berhak mendapat pencennya.
Pada 21 Februari 2014, Karpal Singh didapati bersalah bagi tuduhan menghasut dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana mempersoalkan tindakan Sultan Perak menyingkirkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.
Karpal Singh merupakan Anggota Parlimen Bukit Gelugor semasa terbunuh dalam kemalangan di Labuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Perak, pada 17 April 2014. Mendiang berusia 73 tahun.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Bukit Gelugor
#Hakim Datuk Mohtarudin Baki
#Karpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan