Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, yang mempengerusikan Mahkamah Rayuan Syariah, serta panel hakim Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Mukhyuddin Ibrahim.
Pada 7 Nov tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang pada 27 Okt tahun lepas menolak permohonannya untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Muhammad Shafee kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.
Ketika membacakan penghakiman setebal 21 muka surat itu di Mahkamah Rayuan Syariah, Md Yusup berkata bahawa tuduhan meliwat tidak terpakai dalam kes qazaf itu mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana peruntukan itu hanya terhad kepada kes pertuduhan zina.
"Berdasarkan Seksyen 2 enakmen berkenaan, perkataan 'zina' ditafsirkan sebagai persetubuhan di antara lelaki dan perempuan manakala perkataan 'liwat' tidak disebut atau ditafsirkan dalam enakmen berkenaan..
"Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina dalam seksyen itu (Seksyen 36) iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan sahaja dan tidak termasuk perbuatan liwat," katanya.
Justeru itu, beliau meminta badan perundangan negeri meminda Seksyen 36 enakmen tersebut berikutan semakin banyak perbuatan menuduh orang lain melakukan liwat selain pindaan itu kelak membolehkan individu yang menuduh orang lain meliwat dituduh di Mahkamah Syariah.
Md Yusup berkata mahkamah turut mendapati Anwar telah melanggar Seksyen 55 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (Negeri Selangor) 2003 apabila gagal mengemukakan kewujudan arahan daripada Ketua Hakim Syarie supaya Mahkamah Tinggi Syariah mendengar aduannya.
"Kami hanya ditunjukkan surat peguam perayu (Anwar) kepada Ketua Hakim Syarie bertarikh 10 Feb 2016, yang memohon untuk membuat aduan terus kepada Ketua Hakim Syarie. Oleh yang demikian, kami berpendapat hujah dan dakwaan perayu adalah tidak berasas," katanya.
Beliau berkata ini kerana undang-undang jelas menetapkan bahawa orang awam atau preman yang membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa agama berhubung kesalahan tidak boleh tangkap, hanya akan dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah terlebih dahulu.
Md Yusup berkata pengadu kemudiannya membuat aduan kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah mengikut prosedur 'Aduan kepada Hakim' seperti yang dinyatakan mengikut Seksyen 74 hingga 77 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Walaupun Seksyen 74 enakmen berkenaan menyatakan perkataan 'hakim' secara umum dan menimbulkan kekeliruan namun, mahkamah berpendapat 'hakim' yang dirujuk itu adalah Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
"Prosiding 'aduan kepada hakim' adalah merujuk kepada Seksyen 55(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut maklumat berkaitan kesalahan tidak boleh tangkap hendaklah dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah," katanya.
Anwar memfailkan aduan qazaf di bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 26 Jun tahun lepas menerusui isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR.
Muhammad Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan undang-undang.
Dalam aduan itu, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Feb 2015.
Menurut aduan berkenaan, Mazhab Imam Syafie berpandangan kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah qazaf.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2017
Pada 7 Nov tahun lepas, Anwar memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang pada 27 Okt tahun lepas menolak permohonannya untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Muhammad Shafee.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.