awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Rayuan tetap 27 Okt kes peruntukan Parlimen Muar

Bernama
Bernama
13/10/2025
15:15 MYT
Mahkamah Rayuan tetap 27 Okt kes peruntukan Parlimen Muar
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 27 Oktober ini untuk mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama tiga individu lain terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran mereka untuk mencabar tindakan kerajaan memberhentikan peruntukan dana bagi kawasan Parlimen berkenaan.
Peguam Lim Wei Jiet, yang mewakili keempat-empat pemohon, mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, pengurusan kes dijalankan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Rayuan Ahmad Izuddin Fajri Fakrullah.
Pada Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh Syed Saddiq bersama Najib Abu Nawar, Mohd Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri dengan alasan ia difailkan di luar tempoh yang ditetapkan.
Dalam permohonan itu, Syed Saddiq dan tiga pengundi di kawasan Parlimen Muar itu, selaku pemohon,menamakan Perdana Menteri serta Kerajaan Malaysia sebagai responden respon pertama dan kedua.
Mereka memohon perintah bagi membatalkan keputusan memberhentikan atau membatalkan baki RM500,000 daripada jumlah RM1.7 juta, yang sepatutnya disalurkan secara terus kepada akaun bank Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar bagi tujuan perbelanjaan program kebajikan, kesejahteraan rakyat dan bantuan bencana di kawasan Parlimen Muar.
Pemohon juga turut menuntut supaya akses Syed Saddiq kepada sistem myKHAS -- yang menguruskan dana pembangunan RM2 juta untuk kawasan Parlimen -- dikembalikan, selain membatalkan pembatalan beberapa projek yang telah diluluskan bernilai RM230,300.
Selain itu, mereka mencabar tindakan responden enggan meluluskan sebarang peruntukan kepada Syed Saddiq, sebagai Ahli Parlimen Muar, bagi program di bawah inisiatif 'Projek Mesra Rakyat' atau program seumpamanya bagi tahun 2024.
Mereka mendakwa bahawa tindakan tersebut menafikan hak kesamarataan Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar dan tiga pemohon lain sebagai pengundi kawasan Parlimen itu seperti termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan (hak kesamarataan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#Oktober
#Parlimen Muar
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan