awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad

Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
01/07/2019
03:27 MYT
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi membolehkan anak guamnya yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke sidang Dewan Rakyat.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberitahu, keputusan menolak permohonan tersebut dibuat kerana kes yang sedang berjalan adalah kes yang serius dan pengundian di Dewan Rakyat tidak diketahui bila akan diadakan.
"Saya telah mempertimbangkan permohonan ini namun tidak pasti bila pengundian di Dewan Rakyat akan berlaku.
“Bukan hak mahkamah untuk menghalang kehadiran Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat. Bagaimanapun, tertuduh menghadapi beberapa tuduhan serius dan oleh itu mahkamah membenarkan perbicaraan ini diteruskan," katanya.
Terdahulu Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa Najib perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk membahaskan usul penting hari ini.
Beliau merujuk kepada usul pengisytiharan harta bagi semua anggota Parlimen, yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, Pendakwaraya yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas membantah permohonan itu dengan alasan seorang Ahli Parlimen seperti juga individu lain yang dihadapkan ke mahkamah perlu meneruskan perbicaraan.
Perbicaraan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International melibatkan masuk hari ke-30 dengan saksi ke-42 bekas Pengarah Bukan Eksekutif SRC, Datuk Suboh Md Yassin, menyambung memberi keterangan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mahkamah Tinggi
#Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan
#Najib Razak
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.