Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib menafikan dakwaan bekas isterinya bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan banyak wanita di seluruh dunia sebagai faktor keretakan rumah tangga mereka.
Ketika memberi keterangan di mahkamah pada 2 Sept tahun lepas, Shahnaz Abdul Majid turut mendakwa bekas suaminya itu mempunyai hubungan dengan beberapa wanita bukan muhrim termasuk dari Latvia dan Rusia.
"Saya hanya mengenali seorang gadis mualaf dari Australia yang menyertai kursus agama di Singapura pada 1999," kata Mahmud Abu Bekir ketika disoal balas peguam Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Shahnaz.
Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa punca kegagalan rumah tangganya adalah disebabkan sikapnya yang dianggap 'playboy', curang dan panas baran.
Mahmud Abu Bekir turut menyifatkan keterangan bekas isterinya itu mengenai beberapa insiden termasuk pukul dan tidak bertanggungjawab dalam tempoh tahun 1994 sehingga 1999 adalah rekaan semata-mata.
Mahmud Abu Bakar berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes tuntutan mutaah yang difailkan Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, berjumlah RM100 juta.
Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian talak satu antara Mahmud Abu Bekir dengan Shahnaz yang berkahwin pada 9 Jan 1992 dan dikurnia seorang anak lelaki, Raden Murya, 21.
Pada 2 Sept tahun lepas, Shahnaz ketika memberi keterangan di mahkamah mendakwa bekas suaminya itu sering keluar dan menghilangkan diri tanpa memberitahu lokasi dirinya sehingga berminggu lamanya.
Shahnaz berkata bekas suaminya itu bukan sahaja bertindak sedemikian tetapi sering memukul, menendang dan menumbuknya tanpa sebab yang munasabah sehingga menyebabkan dirinya cedera.
Bekas isteri yang dikenali sejak Tingkatan 3 itu mendakwa Mahmud Abu Bekir mula berubah selepas kelahiran anak lelaki mereka, Raden Murya, pada akhir 1993.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung 21 Jan depan. Mahmud Abu Bekir akan menyambung keterangannya pada hari itu.
Bernama
Tue Dec 02 2014
Mahmud Abu Bekir nafi dakwaan hubungan sulit dengan banyak wanita
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Yaya Empire beri inspirasi, jayakan malam seni HBN 2024 Kelantan
Sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri Kelantan menutup tirai dengan malam seni yang penuh gilang gemilang.
Kerajaan kecam pihak ugut bunuh, hantar peluru kepada Teresa Kok
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang menghantar kertas ugutan bunuh bersama dua peluru kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Teresa Kok terima kertas ugutan bunuh berserta peluru
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerima kertas ugutan bunuh bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.
Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat cuba rampas submesingan
Cubaan seorang lelaki merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Dato' Keramat di sini, gagal selepas dia berjaya ditangkap pada pagi Ahad.
Mahmud Abu Bekir berjaya tangguh bayaran mutaah RM30 juta
Anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib hari ini berjaya menangguhkan pelaksanaan perintah pembayaran mutaah terhadap bekas isterinya.
Mahmud Abu Bekir nafi dakwaan hubungan sulit dengan banyak wanita
Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib menafikan dakwaan bekas isterinya bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan banyak wanita di seluruh dunia.
'Laporan aset berbilion ringgit hanya untuk burukkan nama keluarga'
Anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa dakwaan keluarganya memiliki aset berbilion ringgit adalah tidak benar.