KOTA BHARU:Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat, fardu serta aktiviti di masjid dan surau berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) di Kelantan kecuali di dua mukim iaitu Kubang Kerian di Kota Bharu dan Kusial di Tanah Merah.
Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata dua mukim berkenaan dikecualikan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember ini.
"Bagi jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang, solat Jumaat, fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musalla adalah dibenarkan sebagaimana garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah diumumkan oleh pihak kerajaan.
"Bagaimanapun semua surau dan musalla yang terletak di kawasan Madrasah Ad-Diniah, Kampung Huma, Pasir Puteh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berikutan Kluster Huma diarahkan tutup hingga tarikh yang akan diberitahu nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada masa sama, arahan penutupan surau dan musalla yang terletak dalam kawasan Kluster Mengketil dan Istana Negeri Kubang Kerian juga masih diteruskan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu nanti.
Tengku Mohamad Rizam berkata perkara tersebut mendapat perkenan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan agar solat Jumaat, fardu dan aktiviti di masjid, surau dan musalla dibenarkan mengikut SOP bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
MAIK katanya amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan itu.
"Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin selain terus berdoa agar segala usaha dan langkah yang diambil akan diperkenankan oleh Allah SWT supaya wabak COVID-19 yang sedang mengancam negeri dan negara pada masa ini segera berakhir dan diangkat oleh-Nya," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020

Dua mukim dikecualikan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember ini. - Gambar hiasan

Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan banjir
Daniel Lau Khai Wen yang berpakaian t-shirt merah ditemukan seorang lelaki yang mahu memancing di kawasan berkenaan kira-kira 6 petang.

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga
Daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

MAIK benar solat Jumaat, fardu kecuali Kubang Kerian dan Kusial
Dua mukim dikecualikan berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember ini.