SHAH ALAM: Pengemis atau peminta sedekah warga asing menggunakan cara agresif dan mendesak orang ramai menghulurkan wang untuk memperoleh hasil yang lebih banyak.
Lebih membimbangkan, mereka menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Peniaga di Masjid Jamek, Fatimah Rahim, 29, mendakwa pengemis pernah mengasarinya di bahagian mulut disebabkan menegur perbuatan mereka.
Jelasnya, kejadian yang berlaku pada bulan Mac lalu itu tidak dikenakan sebarang tindakan disebabkan laporan yang dilakukan ditolak pihak berkuasa.
"Kekerasan ini bukan kali pertama saya nampak. Sebelum ini memang banyak peminta sedekah memaksa orang ramai untuk menderma kepada mereka.
“Pengemis yang kebanyakan daripada Rohingya dan Syria ini juga banyak kali mencarut, meninggikan suara kepada orang ramai,” katanya.
Tambah Fatimah, hasil daripada kaedah desakan yang dilakukan, peminta sedekah mampu memperoleh sehingga RM300 sehari.
“Dengan cara ini, mereka peroleh banyak duit. Kenapa saya tahu? Sebab mereka minta tukar duit. Mereka nak duit lebih besar sebab nak hantar duit kepada keluarga di negara asal,” ujarnya.
Orang awam, Muhammad Hussein Nizam, 29, berkata, dia pernah disergah dengan golongan tersebut supaya mendermakan wang.
Jelasnya, walaupun dia mengabaikan, namun peminta sedekah itu masih mengikutinya dan memaksa untuk memberikan duit.
“Sentuhan fizikal sepatutnya tidak boleh berlaku terhadap orang yang tidak dikenali.
“Saya risau ia akan berlarutan dan golongan ini boleh sasar kepada warga emas yang kurang keupayaan,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 29 2023
Peminta sedekah yang dipercayai warga asing mampu meraih kutipan sehingga RM300 sehari. - Foto Sinar Harian
Apple bantah denda €1.8 bilion dikenakan EU
Apple kini membenarkan stor aplikasi alternatif hanya di EU tetapi masih mengenakan bayaran untuk memastikan setiap aplikasi yang ditawarkan pada stor alternatif adalah selamat.
MAQIS tahan anjing baka Pomeranian
Anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turki.
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Insiden Gelora Udara: SIA beri kerjasama, 143 penumpang dan anak kapal sudah dibawa pulang
Keutamaan SIA adalah untuk memberikan semua bantuan kepada penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan tersebut.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.
Main kasar! Taktik baharu pengemis ibu kota
Mereka didakwa menggunakan kekerasan sekiranya seseorang itu tidak mahu memberikan wang atau mahu melaporkan kepada pihak berkuasa.
Warga Thailand dakwa mengemis untuk ubat penyakit anak
Wanita berusia 46 tahun itu mendakwa berstatus ibu tunggal kepada dua anak perempuan berusia 18 dan 22 tahun selepas kematian suami lebih sembilan tahun lalu.
Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.
Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
80 peratus pengemis di Kelantan adalah penerima bantuan JKM
Hampir 80 peratus pengemis dan peminta sedekah yang ditahan di Kelantan adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
13 termasuk lima warga asing ditahan mengemis di Kota Bharu - JKM
Bagi warga tempatan yang ditahan, mereka diminta supaya menandatangani Surat Aku Janji dan dihalang untuk berbuat demikian lagi.
Keputusan pinda atau wujud akta baharu pengemis diketahui tahun depan - JKM
Kajian semakan Akta Orang-Orang Papa 1977 akan dimulakan pada Julai dan dijangka siap September tahun depan.
Lompang undang-undang punca KL 'syurga' pengemis
Laporan bahagian pertama ini mengupas punca masalah pengemis yang bertambah membarah, terutama di Lembah Klang.