awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mais gantung tauliah Ustaz Ahmad Dusuki

Sinar Harian
Sinar Harian
21/03/2018
22:38 MYT
Mais gantung tauliah Ustaz Ahmad Dusuki
Sebarang pelanggaran terhadap penggantungan ini membolehkan Ahmad Dusuki dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Foto Sinar Harian / Fail
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menggantung tauliah mengajar pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkuat kuasa serta merta.
Pemakluman itu dibuat menerusi satu surat rasmi yang ditandatangani Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais, Mohd Shahzihan Ahmad.
Dalam surat yang tular di media sosial pada Rabu, penggantungan itu dinyatakan adalah bagi memberi laluan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak Mais.
Siasatan itu berkaitan aduan serta laporan media terhadap Ahmad Dusuki mengikut kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) Tahun 2008 Pindaan 2015.
Surat itu juga menyebut, Ahmad Dusuki digantung daripada mengajar agama atau apa-apa perkara berkenaan Islam di dalam negeri Selangor di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 pindaan 2015.
"Kedudukan Ahmad Dusuki selaku pemegang tauliah akan diputuskan selepas ini oleh Jawatankuasa Tauliah yang akan bersidang dalam tempoh masa terdekat," tulis surat tersebut.
Surat sama juga menyebut, sebarang pelanggaran terhadap penggantungan ini membolehkan Ahmad Dusuki dikenakan tindakan denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#aduan
#agama
#Ahmad Dusuki Abdul Rani
#ceramah
#gantung
#Jawatankuasa Tauliah
#MAIS
#Majlis Agama Islam Selangor
#pendakwah
#siasatan
#tauliah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan