MALAYSIA
MAIWP salur bantuan segera kepada 66 mangsa kebakaran Pantai Dalam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) ketika pemberian 'mock cheque' kepada mangsa-mangsa kebakaran kawasan Pantai Dalam. -Foto MAIWP
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengadakan Program Ziarah Mangsa Musibah Kebakaran di Kawasan Pantai Dalam.
Ringkasan AI
- MAIWP menyalurkan bantuan awal termasuk barangan asas, kelengkapan solat dan kewangan kepada 14 keluarga mangsa kebakaran di Pantai Dalam.
- Seramai 66 individu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara, dan jumlah bantuan keseluruhan yang disalurkan adalah RM25,100.
- Program ini menunjukkan komitmen MAIWP dalam menjaga kebajikan asnaf dan mangsa musibah, serta mendapat penghargaan daripada penerima bantuan.

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar ketika memberikan sumbangan kepada salah satu keluarga mangsa kebakaran kawasan Pantai Dalam. - Foto MAIWP
Menurutnya, seramai 66 individu atau 14 keluarga terjejas dalam kejadian Jumaat lalu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pusat Komuniti Lembah Pantai.
“Hari ini kita turun untuk mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan kita menziarahi mereka ini untuk memberi semangat dan agar mereka terus kuat serta sabar menghadapi segala ujian ini.
“Jumlah keseluruhan yang kita berikan kepada 14 ahli keluarga di sini adalah sebanyak RM25,100. Saya harap sumbangan ini akan meringankan beban mereka daripada segala sudut.
“Kebanyakan daripada mereka yang terkena musibah ini tiada di rumah ketika kejadian kerana berada di luar kawasan.
"Jadi saya bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana mereka semua terselamat,” katanya ketika ditemui di Program Ziarah Mangsa Musibah Kebakaran di Kawasan Pantai Dalam, di sini.

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memberi sokongan moral kepada salah seorang mangsa kebakaran kawasan Pantai Dalam yang sudah berusia dan uzur. - Foto MAIWP
Sementara itu, salah seorang mangsa kebakaran menzahirkan rasa syukur mendapat bantuan menerusi inisiatif bermakna ini.
“Bantuan yang diberi MAIWP amat banyak, daripada segi keperluan harian.
“Ia amat membantu sebab rumah saya 90 peratus musnah, jadi dengan bantuan dan tempat berteduh sementara ini, saya rasa dapat meringankan sedikit fikiran saya.
“Saya memang sangat-sangat bersyukurlah dengan bantuan-bantuan yang diberikan ini.
“Saya memang berterima kasihlah banyak-banyak kepada pihak yang membantu seperti MAIWP, JKM, DBKL,” kata Fadzli Azimuddin.

Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar ketika memberikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran kawasan Pantai Dalam. - Foto MAIWP
Program ini juga merupakan komitmen MAIWP bagi memastikan kebajikan asnaf dan mangsa musibah sentiasa diberi perhatian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami