ISKANDAR PUTERI: Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sentiasa menyokong dan komited dengan sebarang usaha dalam memastikan bukan sahaja ekonomi negara membangun, tetapi juga kebajikan rakyat terbela.
Beliau berkata penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pekerja, akan sekali gus menjadikan pendekatan pembangunan di Malaysia berbeza dengan negara lain.
"Syarikat yang untung sama ada syarikat kerajaan atau swasta, harus beri perhatian dengan upah yang munasabah dan kebajikan pekerja seperti aspek pendidikan, kesihatan dan kediaman. Harus diberi pertimbangan untuk menjadikan Malaysia ini berbeza dengan negara lain.
"Dalam memacu ekonomi negara, majikan di Malaysia tidak boleh tinggal soal ihsan dan kemanusiaan, khususnya apabila melibatkan kakitangan mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd yang juga Pengerusi PTP Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negara maju di peringkat global, namun usaha itu akan dapat direalisasikan sekiranya dasar Kerajaan Madani khususnya memerangi rasuah dapat dicapai.
"Amalan lapuk seperti salah guna kedudukan dan ambil kesempatan, terima sogokan, kayakan diri dan amalan lain yang menyebabkan Malaysia kecundang, mesti dihentikan.
"Jangan ada lagi amalan bila diberi jawatan, terus fikir nak kayakan diri dan anak isteri, walaupun saya tahu ada pihak tidak senang (dengan) tindakan kita lawan rasuah, tetapi negara ini harus bersih rasuah.
"Jika hilang bilion ringgit, peluang bangunkan sekolah, rumah rakyat, prasarana, pusat kesihatan dan hospital akan terbantut, sebab wang dicuri. Biarlah orang nak cemuh tetapi percayalah, jika hendak selamatkan negara mesti bersihkan supaya jangan ada pemimpin curi harta rakyat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima cenderahati daripada wakil pekerja Perlabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ketika mengadakan lawatan kerja ke PTP Gelang Patah hari ini. - Foto Bernama
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Bekas pemangku CEO GLC mengaku tidak bersalah tipu invois RM40,000
Bekas pemangku CEO sebuah syarikat berkaitan kerajaan mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan berhubung penipuan invois melibatkan jumlah RM40,000 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah.
Ketua badan berkanun, GLC: Tiada perubahan di Perak - Saarani
Ini kerana kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasi yang mereka tunjukkan.
PM berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC dan badan berkanun
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama warga kerja GLC, GLIC dan badan berkanun Persekutuan di kediaman rasmi Seri Perdana.
Lantikan politik di GLC, GLIC perlu letak jawatan - Nik Nazmi
gesaan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selepas peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin, pada Isnin.
Pemimpin GLC perlu ada IQ, EQ dan SQ - Akhbar Satar
Seseorang pemimpin perlu mempunyai kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ) yang tinggi sebelum dilantik memegang mana-mana GLC di negara ini.
Undang-undang khas bantu tangani isu lantikan jawatan dalam GLC - Fuziah
Sudah tiba masa satu undang-undang khusus berkaitan ditubuh dan dikuatkuasakan demi menjaga kepentingan pemegang taruh.
Jawatan pengerusi GLC antara yang diidam ahli politik - Akhbar Satar
Akhbar berkata ini kerana, kelebihan yang diberikan agensi itu antara yang dikejar pemimpin berkenaan.
Tajuddin, Mahdzir sangkal dakwaan terima gaji dan elaun tinggi sebagai pengerusi GLC
Dua ahli parlimen yang dilantik memegang jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hari ini menyangkal dakwaan menerima gaji dan elaun tinggi bagi menggalas tanggungjawab itu.
Kempen Beli Barangan Malaysia platform penghasilan produk bermutu tinggi - PPIPBM
Langkah itu dapat menggalakkan lagi pengilang-pengilang Bumiputera untuk meningkatkan produktiviti masing-masing.