awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan swasta digalak beri cuti kecemasan kepada pekerja terkesan banjir

Bernama
Bernama
19/12/2021
11:07 MYT
Majikan swasta digalak beri cuti kecemasan kepada pekerja terkesan banjir
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata dalam menghadapi situasi bencana seperti banjir, majikan sektor swasta diharap dapat memberikan kerjasama dan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja-pekerja terjejas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Majikan sektor swasta amat digalakkan memberi cuti kecemasan esok kepada para pekerja yang terkesan akibat banjir.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata dalam menghadapi situasi bencana seperti banjir, majikan sektor swasta diharap dapat memberikan kerjasama dan pertimbangan sewajarnya kepada pekerja-pekerja terjejas.
"Saya menyeru para majikan di sektor swasta menyambut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan cuti berbayar kepada pekerja yang terjejas tanpa menolak cuti tahunan dan gaji mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Bencana Banjir 2021: Segerakan usaha menyelamat
Perdana Menteri dalam sidang media di Klang, Selangor hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi cuti kecemasan kepada penjawat awam yang terkesan akibat banjir yang kini melanda beberapa negeri.
Perdana menteri turut menyeru majikan swasta supaya mengambil inisiatif sama bagi membantu meringankan beban pekerja yang terkesan bencana itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majikan
#cuti kecemasan
#banjir
#bencana banjir
#Menteri Sumber Manusia
#M Saravanan
#sektor swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan