KOTA BHARU:Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ini bagi memastikan mereka tidak lagi tinggal di rumah kongsi yang sesak selaras dengan usaha kerajaan membendung penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing di Wilayah Persekutuan.
"Kita jadikan syarat itu sebagai mandatori tetapi ia akan dilaksanakan secara berperingkat kerana perlu menyediakan seberapa banyak kuarters pekerja berpusat (CLQ)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Cakna Rakyat Sanitasi Parlimen Ketereh di Masjid Haji Tuan Guru Haji Musa di Bukit Marak dekat sini hari ini.
Beliau berkata CLQ merupakan konsep kediaman bagi syarikat pelbagai sektor dalam menyediakan tempat tinggal kepada pekerja asing dengan pelbagai kemudahan termasuk pengangkutan awam.
Katanya setakat ini, KWP telah mengenal pasti lima lokasi di Kuala Lumpur antaranya berdekatan Pasar Borong Selayang dengan keluasan antara 0.6 hingga 1.6 hektar selain Presint 20 di Putrajaya berkeluasan 10.1 hektar untuk pembinaan CLQ yang keseluruhannya mampu menempatkan antara 20,000 hingga 40,000 pekerja asing.
Annuar berkata pihaknya juga akan meningkatkan penyelarasan antara Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam mengenal pasti bilangan serta keberadaan pekerja asing di tapak pembinaan.
"KWP mengeluarkan lesen kelulusan projek manakala KSM mengeluarkan lesen atau permit kerja tetapi kadang-kadang tiada penyelarasan sebab kita tidak tahu siapa yang datang kerja kerana bukan tanggungjawab bandaraya (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kemudian mereka (pekerja asing) datang kerja dan diletakkan di tapak-tapak bangunan dalam keadaan bersesak dan telah terbukti tiada sebarang keraguan lagi, di situlah membiaknya penularan COVID-19," katanya.
Beliau turut menggesa persatuan penduduk membuat hebahan bagi meningkatkan kesedaran dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya selepas kerajaan memberi kelonggaran seperti membenarkan operasi pasar malam dan kedai gunting selain ketibaan Tahun Baharu Cina.
"Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur, mesti diuruskan dengan cara berbeza kerana banyak aktiviti dan kepadatan penduduk juga tinggi. Jadi kalau COVID-19 merebak, maka ia akan merebak pantas sebab itu kita menyeru semua persatuan termasuk JMC (Jawatankuasa Pengurusan Bersama) setiap kondominium untuk menguatkuasakan (SOP) secara berasaskan komuniti," katanya.
Annuar berkata beliau juga telah meminta penguatkuasa DBKL membantu pihak tentera dan polis memantau pematuhan SOP di Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
Langkah ini bagi memastikan mereka tidak lagi tinggal di rumah kongsi yang sesak. - Gambar hiasan
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
KWP bakal runding dengan peniaga bagi turunkan harga ayam
Rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
KWP cadang bina parkir bertingkat di PPR Seri Anggerik
Projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat untuk menangani masalah parkir.
Inisiatif PKRCS khas: Kelegaaan kepada golongan B40, industri perhotelan
Inisiatif pelaksanaan PKRCS khas yang bermula 26 Julai lalu memberi kelegaan kepada golongan B40 dalam memantau keadaan pesakit kategori satu dan dua daripada kumpulan tersebut.
KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.
Langkah berani Labuan perangi varian Delta perlu dicontohi
Wilayah Persekutuan Labuan pernah berada pada tahap kritikal selepas penularan pertama varian Delta dikesan pada 24 April lalu.
KWP lancar Rumah Prihatin@Grand Seasons untuk golongan memerlukan
Rumah Prihatin@Grand Seasons menawarkan lima komponen utama kepada penerimanya.
KWP kenal pasti bazar Ramadan, pusat beli-belah dikunjungi individu positif, kontak rapat - Annuar
KWP kenal pasti dan memantau beberapa bazar Ramadan dan pusat beli-belah di ibu kota yang dikesan dikunjungi ratusan individu positif dan kontak rapat COVID-19, yang berkemungkinan akan diarah tutup.
Bazar Ramadan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19 - Annuar
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan.
KWP rancang bina fasiliti latihan sukan berpusat di Putrajaya - Annuar Musa
Perbadanan Putrajaya telah pun bersetuju menyediakan tanah bagi pembinaan fasiliti tersebut yang terletak bersebelahan Stadium Ragbi Nasional, Presint 13 yang sedang dalam pembinaan.
Majikan wajib lapor keadaan tempat tinggal pekerja asing bagi kelulusan perintah pembangunan
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan mewajibkan setiap majikan untuk memaklumkan tempat tinggal pekerja asing yang bakal diambil bekerja dalam mendapatkan kelulusan perintah pembangunan.