KUALA LUMPUR: Seorang majikan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia menggunakan sebatang kayu, bulan lepas.
Pengurus syarikat swasta K.Rineshini Naidu, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah kepada Zailis, 46, dengan menggunakan sebatang kayu yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan sebagai senjata.
Rineshini Naidu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Industri Bolton, Gombak pada 11 pagi, 30 Ogos lepas, mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainudin menawarkan jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati dan mengganggu mangsa.
"Pagi tadi tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor atas tuduhan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007).
"Oleh itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Klang, untuk dibicarakan bersama," katanya.
Bagaimanapun peguam A. Narainasami yang mewakili tertuduh, memohon jaminan munasabah berjumlah RM5,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai keluarga serta anak kembar, dan akan patuh pada syarat-syarat tambahan tersebut.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati dan mengganggu mangsa selain, memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Klang untuk dibicarakan bersama.
Pagi tadi Rineshini Naidu dan suaminya S. Vijiyan Rao, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa, sehingga menyebabkan kecederaan parah antara Mac dan Ogos tahun ini.
Bagaimanapun, Rineshini Naidu dan suaminya yang merupakan seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozianayati Ahmad.
Mahkamah kemudian membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Rozianayati menetapkan 5 Okt ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sebelum ini media melaporkan polis menahan seorang majikan wanita warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia, di sebuah rumah di Batu Caves.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022
K.Rineshini Naidu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia. - Foto BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Majikan wanita didakwa cederakan amah warga Indonesia guna kayu
Seorang majikan wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia.
Gagal patuh SOP penginapan pekerja, 23 majikan didakwa setakat ini
Kebanyakan majikan yang didakwa itu didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penginapan pekerja, antaranya menempatkan terlalu ramai pekerja di dalam sebuah bilik.