PUTRAJAYA: Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata majlis yang akan diselaraskan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) itu penting kerana merupakan satu daripada agenda kerajaan untuk membina negara yang menjulang tinggi nilai-nilai keilmuan dan akhlak.
Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengimarahkan majlis ilmu Madani di Kompleks Seri Perdana di sini yang jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam menyemarakkan budaya ilmu.
"Kita dapat melihat dalam majlis ilmu Madani, tokoh-tokoh terkemuka dalam pelbagai disiplin ilmu telah memberikan syarahan dan perkongsian. Ini adalah pembudayaan ilmu yang digerakkan sendiri oleh Perdana Menteri," katanya kepada Bernama.
Majlis ilmu Madani diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Kompleks Seri Perdana di sini, sejak Anwar memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 Nov 2022 dan majlis seumpama itu, kini turut diadakan di seluruh negara.
Majlis berkenaan menampilkan tokoh serta ilmuan Islam terkenal seluruh dunia antaranya Presiden Institut Maqasid Global Prof Dr Jasser Auda, pemuzik tersohor British Yusuf Islam (sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens) dan Syeikh Muhammad Haydara al-Jilani, ulama asal Gambia.
Majlis ilmu itu boleh diikuti melalui laman Facebook rasmi Perdana Menteri.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata beliau sendiri telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan melaksanakan majlis ilmu di peringkat Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).
"Setiap agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) menganjurkan Madani bersama masyarakat. Ini adalah usaha kita untuk memasyarakatkan ilmu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Beliau berkata majlis yang akan diselaraskan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) itu penting kerana merupakan satu daripada agenda kerajaan untuk membina negara yang menjulang tinggi nilai-nilai keilmuan dan akhlak. - Gambar fail/Bernama
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Majlis ilmu MADANI beri lebih kefahaman kepada konsep negara MADANI - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau
Majlis Ilmu MADANI perlu diperbanyak, diperluas ke seluruh negara
Penganjuran Majlis Ilmu MADANI dapat memperkasakan akhlak dan melahirkan masyarakat berpengetahuan.
Lebih 18,000 hadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Perdana Menteri di Putrajaya
Program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.
Jaga akhlak, tidak kejar kuasa, tegur secara berhemah perlu jadi amalan pemimpin - PM
Perdana Menteri berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.