awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA

Bernama
Bernama
02/03/2021
14:48 MYT
Majlis Negara setuju secara prinsip terhadap program JENDELA
Kerjasama kerajaan negeri dan PBT terhadap pemudah cara pelaksanaan infrastruktur digital di peringkat negeri juga amat diperlukan. - Facebook/ SKMM
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) hari ini bersetuju secara prinsip terhadap Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof petang tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Zuraida Kamaruddin berkata pelan itu yang dirangka hasil perbincangan bersama pemegang kepentingan dalam sesi Makmal Infrastruktur Digital Negara (NDIL) tahun lepas akan menjadi platform bagi menambah baik perkhidmatan komunikasi digital di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan pelaksanaan projek JENDELA, kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pemudah cara pelaksanaan infrastruktur digital di peringkat negeri juga amat diperlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mesyuarat itu juga telah menimbang dan bersetuju terhadap lima lagi kertas pertimbangan antara lain menjadikan perkhidmatan komunikasi sebagai utiliti awam ketiga, pemakaian garis panduan perancangan infrastruktur komunikasi(GPP-I) dan prosedur permohonan pemajuan menara atau struktur komunikasi.
Selain itu, prosedur permohonan bagi penyediaan penginapan pekerja secara jangka pendek dan garis panduan pasar sejahtera di kawasan pihak berkuasa tempatan turut dipertimbangkan dan dipersetujui.
Mesyuarat yang diadakan secara maya itu turut disertai Zuraida, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, lima orang timbalan menteri, serta dua orang menteri Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Fadillah Yusof
#pelancongan
#kesihatan
#kerajaan
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan