KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berkenaan majlis pernikahan pada Selasa (10 November).
Ismail Sabri berkata SOP yang akan dibentangkan di Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu melibatkan majlis pernikahan dan bukannya majlis perkahwinan.
“Kami sudah bincang tempoh hari. Kami akan benarkan (majlis pernikahan), maksudnya untuk bernikah sahaja.
“Bernikah tidak perlu upacara yang ramai.
“Mungkin di pejabat kadi pun boleh bernikah di sana,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya, belum ada kepastian sama ada SOP itu melibatkan pernikahan di rumah atau jabatan agama Islam.
Katanya lagu, pengumuman berkenaan SOP itu akan dilakukan mengikut kesesuaian negeri masing-masing
“Apabila melibatkan agama, apa sahaja perlu mengikut kesesuaian dan keputusan negeri masing-masing.
“Apabila diumumkan Dr Zulkifli, ia melibatkan Wilayah Persekutuan sahaja kerana Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama manakala di negeri-negeri ialah di bawah kuasa Sultan negeri.
“Cuma apa yang kami harap apabila SOP diumumkan, ia boleh diguna pakai negeri lain sebagai panduan,” katanya.
Tambahnya, negeri-negeri berhak membuat keputusan sendiri mengikut kesesuaian.
BACA: Lima tumpuan dalam kenyataan media Ismail Sabri hari ini
BACA: 519 individu ditahan, gagal patuh SOP - Ismail Sabri
Isabelle Leong
Mon Nov 09 2020
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, belum ada kepastian sama ada SOP itu melibatkan pernikahan di rumah atau jabatan agama Islam. - Gambar hiasan
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: JAIS pertimbang longgar SOP pernikahan di Selangor
JAIS bersedia untuk mempertimbangkan kelonggaran majlis pernikahan namun bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 di Selangor.