awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

519 individu ditahan, gagal patuh SOP - Ismail Sabri

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/11/2020
07:56 MYT
519 individu ditahan, gagal patuh SOP - Ismail Sabri
Enam pendatang asing tanpa izin turut ditahan menerusi Operasi Benteng, selain merampas tiga buah kenderaan darat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sejumlah 519 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 511 individu telah dikompaun, empat direman dan empat lagi dijamin.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (206), tidak memakai pelitup muka (126), gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (67), premis beroperasi lebih masa (23), aktiviti pusat hiburan (9), dan lain-lain (88)," memetik kenyataan tersebut.
Katanya, enam pendatang asing tanpa izin turut ditahan menerusi Operasi Benteng, selain merampas tiga buah kenderaan darat.
Malah, jelasnya Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 53,389 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Ismail turut memaklumkan seramai 62,490 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai sehingga semalam dan telah ditempatkan pusat kuarantin yang diwartakan.
Mengulas berkenaan pemantauan barangan keperluan, Ismail berkata Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 681 premis perniagaan termasuk peruncit, pemborong dan pengilang.
"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
"Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,382 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,380 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala dua premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP," memetik kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPP
#PKPB
#gagal patuh SOP
#PDRM
#COVID-19
#Ismail Sabri
#Menteri Kanan Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan