KUALA LUMPUR: Satu kluster baharu dikesan di Sabah melibatkan Kluster Long Pasia di Sipitang yang berpunca daripada sambutan majlis hari lahir yang dihadiri penduduk kampung.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setakat ini, 25 daripada 30 individu yang disaring positif COVID-19.
Malah, Masidi turut melahirkan rasa kecewa atas ketidakpatuhan masyarakat dengan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan keselamatan yang dikeluarkan kerajaan.
"Kluster Long Pasia ini dan Kluster Mokodou di Ranau yang diisytiharkan semalam satu yang mengecewakan dalam usaha kita memerangi pandemik.
"Kedua kluster ini jelas menunjukkan masih ada penduduk yang tidak mematuhi SOP dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) secara serius. Kelalaian dan sikap acuh tak acuh telah mengakibatkan jangkitan COVID-19 melibatkan penduduk," katanya dalam laporan harian COVID-19 pada Khamis.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah menggesa pegawai daerah, ketua msyarakat di peringkat akar umbi memantau acara-acara sosial di kawasan masing-masing sekali gus memastikan pematuhan SOP.
Selain itu, hari ini Sabah merekodkan 993 kes positif baharu yang mana Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 116 kes.
Katanya, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah dengan 487 kes atau 49 peratus diikuti saringan bergejala 357 kes atau 36.0 peratus, (18) saringan kluster, lima kes saringan bersasar dan 126 kes melalui saringan lain-lain.
"Daripada 993 kes yang berdaftar hari ini, 908 kes atau 91.44 peratus adalah pesakit dalam Kategori 1 dan 2; satu kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan lapan kes dalam Kategori 5," katanya.
Astro Awani
Thu Sep 30 2021
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu
73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.
42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.
COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.
Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.
Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.
COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.
PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.