Majlis Senator Malaysia (MSM) hari ini melahirkan sokongan atas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perdana Menteri menghadapi pelbagai kritikan, sehari selepas Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan padu mereka kepada Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu.
Presidennya Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata majlis itu berikrar akan terus berdiri di sisi Najib menjayakan segala rancangan bagi memajukan kehidupan masyarakat dan negara ini, serta memacu ekonomi negara untuk mencapai matlamat dan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Beliau berkata MSM yakin negara di bawah pentadbiran Najib berada di landasan yang betul dalam menuju matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Namun, proses untuk mencapai hasrat pastinya bukanlah mudah dan memerlukan dokongan seluruh rakyat bagi menjayakan program transformasi yang dirancang, katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Rahim berkata kritikan yang dilemparkan terhadap Najib tidak berasas dan berbaur skeptikal.
"MSM melihat ini (kritikan) sebagai sebahagian daripada asam garam yang terpaksa dilalui beliau sebagai pemimpin negara. Bahkan pemimpin negara sebelum ini juga tidak sunyi daripada kritikan," katanya.
Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri enam tahun lepas, Najib berdepan pelbagai kritikan, baik atas kedudukannya sebagai pemimpin negara, mahupun kehidupan peribadi beliau.
Semalam, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan Najib.
Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad berkata anggota Parlimen BN berdiri teguh di belakang Najib.
Bernama
Tue Apr 07 2015
ABDUL RAHIM: MSM yakin negara di bawah pentadbiran Najib berada di landasan yang betul dalam menuju matlamat. -Gambar fail
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Pelabur disaran beli hartanah tahun ini, elak sikap 'tunggu dan lihat'
Walaupun pasaran hartanah Malaysia dijangka lebih mencabar dengan kadar aktiviti jual beli yang sederhana tahun ini, namun ini merupakan masa yang baik untuk membuat pelaburan dalam sektor itu.
Akta Hasutan diperlukan untuk halang ancaman puak pelampau - Majlis Senator
Presiden Majlis Senator Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata disebabkan itu negara luar terutamanya Amerika Syarikat tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran negara ini.