SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2020 mendapati terdapat pembayaran tidak wajar yang dibuat di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).
Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata laporan tersebut yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini mendedahkan pembayaran tidak wajar itu yang dibuat kepada penerima tidak sah adalah berjumlah RM1.95 juta, iaitu RM500,000 dibayar pada 2020 dan RM1.4 juta dibayar pada 2019.
Selain itu, katanya hasil pengauditan yang dijalankan berkenaan kutipan cukai tanah lot tanah pertanian di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling melaporkan cukai tanah bagi lapan hak milik tanah lot pertanian kategori desa (mukim) telah terkurang kutip sejumlah RM404,978.
"Kesilapan mengenakan kadar cukai juga menyebabkan cukai tanah bagi tujuh hak milik terlebih kutip sebanyak RM36,248 bagi 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua ketua jabatan atau agensi yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam LKAN untuk tujuan pengesahan dan mesyuarat penutup juga telah diadakan bagi tujuan membincangkan penemuan audit dan mendapatkan penjelasan serta maklum balas terhadap isu-isu berbangkit.
Susulan itu, Nik Azman berkata pihaknya telah mengemukakan tujuh syor kepada jabatan atau agensi yang berkenaan untuk memperbaiki kelemahan dilaporkan.
Mengenai penyata kewangan kerajaan Selangor bagi tahun berakhir 31 Dis 2020, beliau berkata hasil pengauditan yang dijalankan pihaknya telah memberi Pendapat Tanpa Teguran.
"Secara keseluruhannya, penyata kewangan tersebut menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri dan rekod perakaunan telah diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini," katanya.
Nik Azman berkata bagi analisis kewangan kerajaan negeri, kedudukan kewangan kerajaan Selangor adalah stabil dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2020 berjumlah RM2.445 bilion berbanding RM2.141 bilion pada akhir 2019.
Bagi baki hutang awam, beliau berkata jumlahnya menurun sebanyak RM5.61 juta atau 0.5 peratus menjadi RM1.105 bilion berbanding RM1.110 bilion pada 2019.
Bagaimanapun katanya, tunggakan bayaran balik hutang awam oleh kerajaan Selangor pada 2020 meningkat sebanyak RM30.97 juta atau 108.5 peratus menjadi RM59.52 juta berbanding RM28.55 juta pada 2019.
Nik Azman berkata LKAN telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 Dis 2021 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dibentangkan di DUN Selangor hari ini setelah diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
LKAN boleh diakses oleh orang awam di laman sesawang http://www.audit.gov.my mulai 10 pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Nik Azman berkata semua ketua jabatan atau agensi yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam LKAN untuk tujuan pengesahan. - Gambar fail
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
LKAN: LTAT perjelas isu rizab negatif
Menurut LTAT, dana rizab terus kekal tidak berubah dan ditetapkan pada kadar dua peratus daripada baki akaun pencarum.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
LTAT perlu struktur semula strategi pelaburan, tingkat keupayaan pembayaran dividen
LTAT juga disyorkan supaya mempertingkatkan tatakelola pengurusan pelaburan dengan menambah baik polisi pelaburan supaya saham yang mengalami kerugian berpanjangan dapat ditangani.
Laporan Ketua Audit peruntukan kepada MSN 'lesap' tidak benar - MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 pada 22 Nov mengenai wang sebanyak RM1.47 juta yang diperuntukkan kepada MSN 'lesap', adalah tidak benar.
Pantau isu, status terkini Laporan Ketua Audit Negara melalui sistem AGD
Selaras dengan prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, Jabatan Audit Negara membangunkan sistem Pemuka Ketua Audit Negara (AGD).
Minitkan perbincangan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara - PM Anwar
LKAN perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Terimaan pinjaman kasar negara pada 2022 meningkat 6.5 peratus kepada RM231.365 bilion - LKAN
Terimaan pinjaman kasar negara pada 2022 meningkat sebanyak RM14.164 bilion atau 6.5 peratus kepada RM231.365 bilion berbanding RM217.201 bilion pada 2021.
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada 2022 - LKAN
Kedudukan pelaburan kerajaan berjumlah RM35.15 bilion pada akhir 2022 berkurangan sebanyak RM8.24 bilion.