Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan Majlis Syura Ulama parti itu ada mengadakan perbincangan bagi menolak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Limau Manis di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini yang mendakwa soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi PRU-13 kembali menjadi tumpuan apabila tercetus khabar angin bahawa Majlis Syura menolak Anwar menduduki jawatan tersebut.
Laporan akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman PAS, turut mendakwa walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis itu belum dipastikan, namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut.
Sumber itu turut dilaporkan berkata jika benar pendirian majlis itu menolak Anwar menyandang jawatan tertinggi negara, ini tidak mengejutkan kerana dikatakan memang itu pendirian sebahagian besar pemimpin dan anggota PAS.
Pada Khamis lalu, bekas anggota PKR dan kini Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dilaporkan mendakwa bahawa rakan-rakannya dalam PAS menyatakan penolakan Majlis Syura terhadap Anwar semakin kuat.
Zahrain mendakwa ini berikutan percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis tersebut dalam isu penggunaan kalimah Allah olehbukan Islam.
Muhafandi Muhamad
Sun Feb 10 2013
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Tiada niat 'plago' anak Nik Aziz - Husam Musa
Pakatan Harapan (PH) tiada niat untuk melaga-lagakan dua anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Orang ramai terus ziarahi pusara Allahyarham Nik Aziz hari ini
Walaupun pada hari pengkebumian beliau semalam puluhan ribu masyarakat hadir, namun hari ini masih ramai menziarahi pusara Allahyarham.
Siapa pencetus keganasan? - Hadi Awang
Islam dituduh membawa keganasan, maka penganutnya seringkali dikaitkan dengan pengganas. Namun siapa pencetus keganasan sebenar?
DAP tidak perlu persoal ketidakhadiran Abdul Hadi - Nik Aziz
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Khabar angin Nik Aziz meninggal dunia adalah tidak benar
Khabar angin yang mengatakan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung adalah tidak benar.
Ibrahim Ali desak Nik Aziz jelaskan pemilikan tanah
Datuk Ibrahim Ali meminta Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memperjelas pemilikan 14 lot tanah di sekitar Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.
Nik Aziz mahu rakyat Kelantan pulang mengundi
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat Kelantan di perantauan pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Mat Sabu sah bertanding di Kedah
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13.
Nik Aziz kecewa dengan tindakan ketua cawangan Pas
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan ketua Pas cawangan Guchil Hulu kerana menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon.
Majlis Syura tidak bincang tolak Anwar jadi PM - Nik Aziz
Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri.