awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Tenaga Sarawak bakal ditubuh tahun depan - Abang Johari

Bernama
Bernama
11/08/2025
20:45 MYT
Majlis Tenaga Sarawak bakal ditubuh tahun depan - Abang Johari
Abang Johari (kiri) bercakap kepada pemberita semasa sesi sidang media pada Majlis Peluncuran SET-P di BCCK, pada Isnin. - Gambar Bernama
KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan sebuah majlis tenaga di peringkat negeri yang dijangka dibentuk pada tahun hadapan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini selepas proses libat urus bersama semua pihak berkepentingan selesai.
"Majlis ini akan memantau semua pihak berkepentingan dalam sektor tenaga bagi memastikan operasi dan dasar mereka sejajar dengan hala tuju negeri," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P), di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, SET-P merupakan sebahagian daripada proses ke arah penubuhan majlis tenaga dengan turut melibatkan pihak swasta supaya kedua-dua sektor awam dan swasta bergerak seiring.
Sementara itu, dalam ucaptamanya, Abang Johari berkata, Sarawak menyasarkan pelaburan sebanyak RM700 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang menerusi pelaksanaan SET-P.
Beliau berkata, dasar berkenaan dijangka memacu pertumbuhan ekonomi rendah karbon dan mesra alam sekitar yang berasaskan tenaga boleh baharu (TBB).
"Kita bertuah kerana mempunyai keupayaan untuk menjana TBB dan menerima minat pelaburan yang tinggi dari seluruh dunia ke atas Sarawak, khususnya dalam tenaga hidroelektrik.
"Pelaburan ini akan mewujudkan apa yang kita gelar pekerjaan berkualiti tinggi. Oleh itu, kita bersiap sedia dengan menyediakan pendidikan tinggi percuma untuk melahirkan tenaga kerja yang bersedia menghadapi ekonomi baharu yang sedang dibangunkan di Sarawak," katanya.
SET-P merupakan pelan strategik dan bersepadu untuk mentransformasikan landskap tenaga Sarawak, berpaksikan tujuh tonggak utama, iaitu TBB, gas asli, kecekapan tenaga, mobiliti rendah karbon, hidrogen bersih, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta tenaga alternatif.
Ia merangka masa depan tenaga yang tahan lasak dan inklusif, dengan memberi perhatian kepada tiga cabaran utama tenaga, iaitu keselamatan, kemampuan dan kelestarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hidrogen
#Majlis Tenaga Sarawak
#sektor awam
#cabaran utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan