awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis tidak diiktiraf: Polis Melaka tahan 'Bonda Ratu'

Bernama
Bernama
07/01/2016
14:24 MYT
Majlis tidak diiktiraf: Polis Melaka tahan 'Bonda Ratu'
Orang ramai membuat aduan selepas ada antara mereka menerima jemputan ke acara yang melibatkan 'Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti'. - Gambar fail
Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'Bonda Ratu' ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan mengenai penganjuran majlis penganugerahan tidak diiktiraf yang dijadual diadakan di Sungai Rambai di sini, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Sampornak Ismail berkata wanita berusia 40-an itu ditahan bersama suaminya juga berusia 40-an di kediaman mereka di Sungai Rambai kira-kira 2 petang tadi.
Beliau berkata polis menyiasat kes itu setelah menerima laporan daripada orang ramai yang menerima jemputan ke majlis 'Penganugerahan Salasilah Keturunan Raja Tiang Bongkok Kesultanan Alam Kerinchi Tinggi Nan Sakti' pada hari itu.
"Kami buat serbuan (ke rumah suspek) dan beberapa peralatan dirampas untuk siasatan," katanya kepada pemberita hari ini.
Sampornak berkata polis masih menyiasat perincian majlis itu termasuk anugerah yang hendak diberikan individu itu, dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri majlis itu.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan jalan samaran.
Topic Berkaitan
#Bonda Ratu
#ditahan polis
#majlis anugerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan