awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Tilawah, Hafaz al-Quran antarabangsa bermula

Bernama
Bernama
19/10/2022
21:33 MYT
Majlis Tilawah, Hafaz al-Quran antarabangsa bermula
Keluarga Malaysia yang ingin menyaksikan MTHQA secara fizikal, dijemput hadir ke Dewan Plenary KLCC bermula 8.45 malam dan tempat adalah terhad. --fotoBERNAMA/JAKIM
KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 1444 Hijrah/2022 Masihi, bermula malam tadi hingga Isnin (24 Okt) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 41 peserta melibatkan 31 buah negara yang menyertai MTHQA kali ini akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.
"Pelbagai pengisian menarik akan disajikan sepanjang MTHQA berlangsung," menurut kenyataan Jakim itu.
Kenyataan Jakim memaklumkan Keluarga Malaysia yang ingin menyaksikan MTHQA secara fizikal, dijemput hadir ke Dewan Plenary KLCC bermula 8.45 malam dan tempat adalah terhad.
"Saksikan siaran langsung bermula jam 8.45 malam di saluran RTM TV1 dan media sosial rasmi Jakim," menurut Jakim.
Malam tadi, empat peserta memperdengarkan bacaan iaitu dua qari Masoud Noori dari Iran dan Brahim Boughalab (Belgium), serta dua qariah iaitu Nuhuman Nuha (Sri Lanka) dan Yuni Wulandari Hasim (Indonesia).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#MTHQA
#Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa
#KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan