awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majoriti peniaga patuh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia - KPDNHEP

Bernama
Bernama
15/12/2021
20:00 MYT
Majoriti peniaga patuh Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia - KPDNHEP
Majoriti peniaga didapati mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan 7 Dis lepas. - Gambar fail/Astro AWANI/Hamzah Hamid
KUALA LUMPUR: Majoriti peniaga didapati mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang dikuatkuasakan 7 Dis lepas dengan 28 kesalahan dikenal pasti oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di seluruh negara.
Ketua Seksyen Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Zubir Hamsa berkata 20 kesalahan melibatkan penandaan harga dan baki lapan kesalahan adalah menjual melebihi harga maksimum.
"Kompaun berjumlah RM7,900 telah dikeluarkan melibatkan 26 kesalahan di peringkat runcit dan dua di peringkat borong," katanya dalam program bual bicara Biz Malaysia terbitan RTM bertajuk "SHMKM: Menstabilkan Harga Barang", pada Rabu.
Perak mencatatkan kes kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 14 kes, diikuti Selangor (lima), Sabah (empat), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu kesalahan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menurutnya setakat SHMKM dilaksanakan, sebanyak 11,474 pemeriksaan telah dibuat meliputi semua rantaian pengedaran barangan.
Dalam pada itu Zubir berkata sebanyak 741 semakan harga sayur-sayuran telah dibuat menerusi Ops Pasar dan 590 notis telah dikeluarkan menuntut penjelasan kenaikan harga, manakala bagi Ops Menu pula, terdapat 69 tindakan kes daripada keseluruhan 5,877 pemeriksaan di restoran dan kedai menjual makanan laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia
#SHMKM
#KPDNHEP
#Zubir Hamsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan