Maklum titah Agong, kerajaan ambil langkah ikut Perlembagaan Persekutuan - PMO

Kata Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil langkah-langkah sewajarnya susulan titah pandangan yang dikemukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan juga telah mengambil maklum berhubung pandangan yang dikemukakan menerusi Istana Negara itu.
[LAPOR LANGSUNG] Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Agong
"Dalam sesi-sesi menghadap ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pengurusan pandemik COVID-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan," memetik kenyataan itu.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Justeru, kata Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan mengambil langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.Pada Rabu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Jelas Ahmad Fadil, Al-Sultan Abdullah menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

