awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumat internet boleh dikawal - Ahmad Shabery

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2015
05:25 MYT
Maklumat internet boleh dikawal - Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY: Penyekatan secara total tidak boleh dibuktikan kecuali diketengah ke pihak berkuasa untuk tindakan yang seterusnya. - Gambar Fail
Maklumat yang disalurkan menerusi Internet tidak boleh disekat sebaliknya kerajaan perlu mengambil inisiatif mengawal penyebaran maklumat yang tidak sahih, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Kerajaan hanya mengawal penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian serta kemakmuran negara.
"Apabila orang menyebarkan cerita-cerita yang kononnya ada orang membawa parang, membawa pedang, berhimpun di kawasan rehat & rawat (R&R) nak menuju ke Kuala Lumpur, maklumat tersebut wajar disekat kerana boleh menimbulkan kegelisahan orang ramai," katanya.
Beliau yang ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Teluk Kalong di sini pada Sabtu, turut berkata penyekatan secara menyeluruh tidak boleh dibuktikan kecuali diketengahkan ke pihak berkuasa untuk tindakan yang seterusnya.
Ahmad Shabery turut menjelaskan pendekatan yang dilaksanakan kerajaan berbeza dengan sekatan yang dilakukan negara lain seperti China yang telah menetapkan dari peringkat awal untuk menyekat kemasukan serta penggunaaan rangkaian media sosial.
Di Malaysia, kira-kira 15 juta pemilik akaun Facebook dicatatkan dan ia merupakan antara saluran media sosial yang paling banyak digunakan bukan sahaja untuk berhubung sesama rakan malah juga untuk tujuan urus niaga perniagaan.
Tegas beliau, media sosial memberikan banyak manfaat kepada rakyat tetapi jika digunakan bagi tujuan yang salah kerana ia bakal menghancurkan negara.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Internet
#Plaza Low Yat
#Teknologi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan