PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memperhalusi data penjawat awam yang masih enggan menerima vaksin COVID-19 sebelum membuat keputusan mengenai tindakan yang boleh dikenakan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meminta laporan daripada ketua-ketua jabatan mengenai dua perkara iaitu bilangan penjawat awam yang belum divaksinasi dan bagaimana isu berkenaan ditangani.
"Kedua-dua perkara ini mengambil kira keperluan untuk penjawat awam berterusan memberi perkhidmatan kerana mereka tidak boleh duduk di rumah," katanya media selepas sesi Town Hall KPPA bersama warga universiti awam dan pelajar tajaan JPA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
Mohd Khairul Adib berkata JPA telah meminta tempoh dua minggu untuk meneliti data penjawat awam yang masih belum divaksinasi itu.
JPA dalam pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin COVID-19 dan perlu melengkapkan imunisasi sebelum 1 Nov, atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.
Pada 8 Nov lepas, Mohd Khairul Adib dilaporkan berkata penjawat awam di Kementerian Pendidikan dipercayai paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berucap pada Majlis Pelancaran Buku Koleksi Teks Ucapan dan Coffee Table KPPA di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini. - Foto BERNAMA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Video penjawat awam: MCMC selesai rakam keterangan pengendali MyNewsHub
Rakaman percakapan tersebut merupakan susulan tindakan suspek memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu - JPA
Menurut JPA, poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai.
Puspanita perlu jadi pelengkap kerajaan dalam menyantuni rakyat - KPPA
Katanya, sebilangan besar wanita kini merupakan pemimpin dalam pelbagai profesion, sama ada di sektor swasta atau awam termasuk di JPA.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA
Peegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserah kepada Anwar - JPA
Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
JPA diminta pertimbang tambah perjawatan kontrak, tetap APM - Armizan
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertimbangkan penambahan perjawatan kontrak dan tetap bagi pegawai serta anggota di peringkat daerah dan negeri.
JPA akan terus taja bidang perubatan, tertakluk unjuran KKM - Armizan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan tajaan biasiswa kepada penuntut bidang perubatan selagi terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan bagi perkhidmatan kesihatan negara.