awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maklumkan keberadaan di luar negara kepada Malawakil - Zambry

Bernama
Bernama
13/01/2023
10:30 MYT
Maklumkan keberadaan di luar negara kepada Malawakil - Zambry
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sekali lagi menasihati rakyat Malaysia yang berada atau ingin ke luar negara supaya memaklumkan kehadiran mereka kepada perwakilan Malaysia (Malawakil) di negara yang ingin ditujui.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sekali lagi menasihati rakyat Malaysia yang berada atau ingin ke luar negara supaya memaklumkan kehadiran mereka kepada perwakilan Malaysia (Malawakil) di negara yang ingin ditujui.
Beliau berkata, ini bagi memudahkan tindakan diambil jika berlaku sebarang masalah atau perkara tidak diingini sepanjang mereka di negara lain.
"Kita ada Malawakil kedutaan. Saya telah umum berkali-kali bahawa setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara sebaik-baiknya memaklumkan kehadiran mereka di sana.
"(Sekiranya ada) Sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka sepanjang di luar negara, sila maklumkan kepada Malawakil Malaysia di sana dan ini telah kita lakukan dalam pelbagai perkara," katanya kepada pemberita ketika melawat laman media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai kehilangan seorang jemaah umrah Malaysia yang telah hampir sebulan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, malawakil Malaysia di Arab Saudi sedang mengikuti rapat berita kehilangan jemaah itu dan mengambil tindakan berlandaskan perundangan negara tersebut.
"Dalam kes ini, Malawakil kita bukan sahaja sedang mengikuti tetapi juga mengambil tindakan-tindakan. Ada kes-kes tertentu yang ada kaitan dengan perundangan negara berkenaan maka kita perlu berhubung dengan pihak yang berkenaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Musthafa Kamal Abdullah, 49, telah hilang hampir sebulan ketika mengerjakan umrah di Makkah.
Musthafa Kamal berangkat ke Tanah Suci bersama anaknya pada 6 Dis lepas dan dijadual pulang ke tanah air pada 18 Dis.
Bagaimanapun, anaknya melaporkan kehilangan beliau selepas menyedari Musthafa Kamal tiada di bilik hotel mereka di Makkah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malawakil
#perwakilan Malaysia
#Malawakil kedutaan
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan