awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza berlangsung aman - Polis

Bernama
Bernama
24/08/2025
16:21 MYT
Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza berlangsung aman - Polis
Suasana semasa orang ramai menghadiri Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sempena Karnival Sumud Nusantara 2025 di Dataran Merdeka malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza sempena Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka di sini, malam ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata seramai 180 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai yang menghadiri program itu.
"Setakat ini tiada laporan polis berhubung apa-apa insiden diterima, dianggarkan seramai 20,000 orang hadir ke program malam ini," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke program berkenaan yang menandakan acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Anwar semasa berucap di program itu turut mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi krisis kemanusiaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza
#berjalan lancar
#Polis Kuala Lumpur
#karnival sumud nusantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan