awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tambah penerbangan ke Sarawak mulai 11 Dis

Bernama
Bernama
26/11/2021
20:18 MYT
Malaysia Airlines tambah penerbangan ke Sarawak mulai 11 Dis
Pada minggu 22 Nov lepas, tempahan penerbangan Malaysia Airlines mencapai nisbah muatan antara 98 peratus dan 100 peratus untuk tempoh musim cuti akan datang. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk mengendalikan penerbangan tambahan ke negeri itu antara 11 Dis ini dan 5 Jan tahun depan.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan semalam berkata bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching, pertambahan daripada 21 penerbangan seminggu kepada 35; bagi laluan Kuala Lumpur-Bintulu, Kuala Lumpur-Miri dan Kuala Lumpur-Sibu daripada tujuh penerbangan seminggu kepada 14.
"Memandangkan pihak syarikat penerbangan melaksanakan harga dinamik berdasarkan permintaan dan penawaran, kadar tambang mungkin berbeza bergantung pada tarikh, masa dan kekosongan tempat duduk. Apabila lebih banyak kapasiti tersedia di pasaran, dengan sendirinya tambang akan turun.
"Malaysia Airlines akan sentiasa menyelaraskan kapasiti atau kekerapan sebagaimana dinasihatkan oleh JPBN. Pelanggan juga digalakkan menempah penerbangan lebih awal bagi mendapatkan kadar tambang lebih rendah," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu sejak 1 Nov lepas, syarikat penerbangan tersebut beroperasi dengan perkhidmatan terhad iaitu sebanyak 21 penerbangan seminggu ke Kuching sebagaimana diluluskan oleh JPBN, berbanding 63 penerbangan seminggu pada Disember 2019 sebelum penularan COVID-19.
Katanya pada minggu 22 Nov lepas, tempahan penerbangan mencapai nisbah muatan antara 98 peratus hingga 100 peratus untuk tempoh musim cuti akan datang.
Malaysia Airlines menyatakan bagi tempoh perjalanan pada Disember, ia mengenakan tambang purata RM350 sehala dari Kuala Lumpur ke Kuching bermula Oktober lalu.
Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan tambang promosi RM109 sehala bermula 10 hingga 31 Okt lepas bagi tempoh perjalanan Oktober 2021 hingga 21 April 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#penerbangan tambahan ke Sarawak
#tambang promosi
#musim cuti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan