KUALA LUMPUR: Lawatan enam hari pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia baru-baru ini yang mencetuskan kebimbangan global mengenai potensi perjanjian senjata antara kedua-dua negara itu, berlaku ketika kedua-dua negara terus dipencilkan oleh masyarakat antarabangsa.
Dalam pertemuan yang jarang berlaku itu, Kim bertemu Presiden Vladimir Putin dan melawat beberapa kemudahan ketenteraan dan teknologi utama yang menonjolkan kerjasama pertahanan yang semakin mendalam antara kedua-dua negara dalam menghadapi konfrontasi yang dihadapi masing-masing dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Pertemuan ini adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak 2019, dan dilaporkan sebagai perjalanan Kim ke luar negara paling lama sejak memegang kuasa pada akhir 2011.
Mengambil iktibar daripada pertemuan itu, kebimbangan tentang perlucutan senjata nuklear global, satu yang dilakukan oleh Malaysia dalam memperjuangkan dunia bebas senjata nuklear, kini menjadi bidang kritikal untuk dibincangkan terutama apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.
Dr Hoo Chiew Ping, Pensyarah Kanan dalam Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memberitahu Bernama bahawa Malaysia perlu terus gigih berusaha untuk mendapatkan komitmen daripada kuasa-kuasa nuklear utama bagi mengelak Asia Tenggara daripada sasaran senjata nuklear.
"Pertama, Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) yang pada mulanya diperjuangkan oleh Indonesia semasa menjadi Pengerusi ASEAN walaupun mencapai kemajuan kecil dalam mendapatkan sokongan kuasa nuklear utama, perlu diteruskan oleh Malaysia pada 2025.
"Kedua, jika kita boleh memujuk beberapa, jika tidak semua, kuasa nuklear untuk menandatangani SEANWFZ, kita boleh mencadangkan penubuhan zon bebas senjata nuklear dari Semenanjung Korea ke Asia Timur Laut, walaupun usaha untuk meyakinkan Korea Utara supaya melepaskan senjata nuklearnya merupakan tugas yang mencabar.
"Malaysia perlu terus bekerjasama dengan rakan kongsi global di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak berkepentingan serantau untuk mempromosi perlucutan senjata nuklear, menyokong pemeteraian perjanjian SEANWFZ oleh kuasa nuklear dan mewujudkan norma dan perintah nuklear yang inklusif yang melibatkan kedua-dua negara senjata nuklear (NWS) dan negara bukan senjata nuklear (NNWS).
Hoo yang melakukan penyelidikan utama dalam isu keselamatan dan proses damai di Semenanjung Korea, berkongsi pandangan itu apabila diminta mengulas mengenai pertemuan Kim dengan Putin, yang dianggap oleh banyak media antarabangsa sebagai "bersejarah" dan "membimbangkan".
Mengulas lanjut pertemuan dua pemimpin itu, Hoo percaya hasil lawatan itu mengatasi jangkaan memandangkan Kim mengetuai delegasi peringkat tinggi yang meliputi pegawai tertinggi parti dan tentera.
"Jika kedua-dua negara mengukuhkan kerjasama ketenteraan jangka panjang yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan masing-masing, sudah pasti ia akan memberi implikasi kepada kestabilan strategik serantau dan global," katanya.
Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), media negara Korea Utara, memetik Kim sebagai menyatakan bahawa lawatannya itu menekankan mengenai "kepentingan strategik" hubungan antara Pyongyang dan Moscow.
Pegawai AS dan Korea Selatan menyuarakan kebimbangan bahawa Kim mungkin membekalkan senjata dan peluru kepada Rusia yang telah banyak menggunakannya dalam konflik di Ukraine yang berlarutan selama lebih 18 bulan.
Namun, Moscow dan Pyongyang menafikan sebarang niat sedemikian.
Laporan itu juga menyebut bahawa Putin telah menerima jemputan daripada Kim untuk melawat Korea Utara pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Kim Jong Un (tengah) melawat sebuah universiti di Russky Island, Vladivostok, Rusia, ketika lawatannya ke negara itu, 17 Sept 2023. - Gambar fail AP

'KKM perlu beri lebih tumpuan kepada kes bunuh diri remaja' - Sivaraj
Sivaraj menambah, menurut laporan sejumlah 1,142 kes bunuh diri dalam kalangan remaja dilaporkan pada 2022.

Pesawat latihan terhempas, dua juruterbang tentera India terbunuh
Pesawat Pilatus PC-7 Mk II terhempas semasa penerbangan latihan rutin dari Akademi Tentera Udara dekat bandar raya Hyderabad.

'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.

Malaysia akan terus bekerjasama dengan rakan global untuk gencatan senjata nuklear
Hoo percaya hasil lawatan itu mengatasi jangkaan memandangkan Kim mengetuai delegasi peringkat tinggi yang meliputi pegawai tertinggi parti dan tentera.

Diplomat kanan China ke Rusia, bincang urusan keselamatan
Lawatan Wang Yi juga sebagai membuka laluan bagi lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke China tidak lama lagi.

Kim Jong-Un dihadiahkan jaket kalis peluru, dron ketika meninggalkan Rusia
Pemimpin Korea Utara itu yang jarang berkunjung ke luar negara akhiri lawatannya selama enam hari ke Rusia.

Jepun, Korea Selatan suarakan kebimbangan kerjasama tentera Moscow-Pyongyang
Pegawai kanan Jepun dan Korea Selatan pada Khamis menyuarakan kebimbangan mereka terhadap potensi kerjasama ketenteraan antara Moscow dan Pyongyang.

Kim Jong Un, Putin bincang pengukuhan kerjasama strategik, tentang ancaman ketenteraan
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Rusia Vladimir Putin telah membincangkan pengukuhan kerjasama strategik dua hala dan sokongan dalam usaha bersama menentang ancaman ketenteraan.

Kim, Putin adakan sidang kemuncak di Rusia meski kebimbangan terhadap perjanjian senjata
Penganalisis meramalkan Korea Utara mungkin bersetuju membekalkan Rusia peluru dan senjata untuk operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Ada apa dalam kereta api perisai Kim Jong Un dalam perjalanan ke Vladivostok?
Tradisi melakukan perjalanan jarak jauh dengan kereta api dimulakan Kim Il Sung yang pernah ke Vietnam dan Eropah Timur suatu masa dahulu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kim Jong Un tiba di Rusia bagi hadiri sidang kemuncak bersama Putin
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Rusia awal Selasa, kata seorang pegawai di kementerian pertahanan Korea Selatan.

Bakal bertemu Putin, Kim Jong Un naiki kenderaan berperisai
Kim Jong Un dilaporkan telah memulakan perjalanan menuju ke Vladivostok untuk bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.