awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Arab Saudi bekerjasama pulihkan industri pelancongan - MOTAC

Bernama
Bernama
19/06/2021
07:21 MYT
Malaysia, Arab Saudi bekerjasama pulihkan industri pelancongan - MOTAC
Menurut Nancy, turut dibincangkan adalah hubungan kerjasama erat antara institusi seni, warisan dan budaya serta promosi dalam Pelancongan Mesra Muslim. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia dan Arab Saudi bekerjasama untuk memulihkan semula industri pelancongan daripada impak pandemik COVID-19 menerusi beberapa inisiatif termasuk promosi di media sosial, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menurut MOTAC, usaha itu dibincangkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri bersama Menteri Pelancongan Arab Saudi Ahmed Al-Khateeb secara maya, baru-baru ini.
"Antara yang dibincangkan adalah perkongsian maklumat berhubung polisi dan amalan terbaik untuk memulihkan semula industri pelancongan, promosi bersama pelancongan menerusi media sosial dan platform digital untuk meningkatkan permintaan perjalanan bagi kedua-dua negara serta perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam pengurusan lestari tapak warisan kebudayaan sebagai tarikan pelancongan," menurut MOTAC menerusi kenyataan hari ini.
Turut dibincangkan adalah hubungan kerjasama erat antara institusi seni, warisan dan budaya serta promosi dalam Pelancongan Mesra Muslim.
"Perbincangan ini dijangka akan dapat membuka peluang yang lebih besar dalam bidang pelancongan antara Malaysia dan Arab Saudi khususnya serta negara-negara di Timur Tengah amnya.
Jumlah kemasukan pelancong dari Arab Saudi ke Malaysia pada 2019 adalah seramai 121,444 orang daripada jumlah keseluruhan pelancong antarabangsa sebanyak 26.1 juta," menurut MOTAC.
Menurut MOTAC, dalam pertemuan yang turut disertai Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Dr Noor Zari Hamat itu, Arab Saudi turut berkongsi pengalaman berhubung pelancongan luar bandar manakala Malaysia pula sedang mengenal pasti pelbagai produk pelancongan baharu termasuk 'permata tersembunyi' yang belum diterokai untuk dipromosikan ke luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Arab Saudi
#Malaysia
#COVID-19
#pelancong
#pandemik
#pelancongan
#MOTAC
#Menteri Pelancongan Arab Saudi
#Ahmed Al-Khateeb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan